Nuffnang

PANASSS!! Tun M Belasah Boeing!!




Nampaknya Tun Mahathir tidak akan berhenti bercakap atau menyuarakan pendapatnya selagi hayatnya masih ada. Walau kadangkala mungkin agak keras atau keterlaluan, tapi bagi isu melibatkan boeing ini, penulis setuju 200%.

Mantan perdana menteri hari ini membidas Boeing kerana tidak memasang sistem perakam suara dan data penerbangan letak atur pada pesawat komersial.

Katanya, jika Boeing bersetuju untuk memasang sistem itu pada pesawat komersial seperti MH370 dan AirAsia QZ8501, proses pencarian kedua-duanya tentu berbeza.

"Saya tidak faham kenapa Boeing tidak memasangnya," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

“Bayangkan jika alat perakam dan isyarat ini dipasang pada pesawat AirAsia Indonesia atau MH370, kita tentu tidak perlu mencarinya di lautan."

Mahathir menyandarkan pandangannya kepada artikel bertajuk "Searching for Answers" di majalah Flight International pada 14 Oktober 2014.

Menurut Mahathir, artikel itu juga menyebut bahawa Airbus bersedia untuk cadangan itu tetapi Boeing tidak bersetuju atas alasan teknologinya tidak sesuai atau tidak selamat.

Ironinya, artikel itu mengatakan bahawa Boeing memasang sistem itu sekurang-kurangnya pada tiga pesawat tentera.

Pesawat AirAsia yang terhempas Khamis lalu dibuat oleh Airbus manakala dua pesawat MAS sebelum ini menggunakan Boeing.


Berikut tulisan Che Det :

I would like to convey my condolences to all families of passengers and crew on board Air Asia Indonesia flight QZ8501

1. Flight International magazine dated 14 – 20 Oct 2014 carries an article entitled, “Searching for Answers.” Together is a small picture with MH 370 written on some material. (See here for story)

2. The article relates about “Another rift in the competitive landscape between Airbus and Boeing.” It seems that while Airbus is ready to move forward with a deployable flight data and voice recorder system for commercial aircraft, Boeing which has installed deployable recorders on at least three military aircraft fleets, disagrees that the technology is appropriate or safe for commercial transport.

3. The Airbus concept involves deploying one of the two sets of flight data and cockpit voice recorders in the event of a mid-air collision or impact with the ground. The deployed unit includes a locator beacon, and is designed to float if the crash occurs in water.

Artikel Penuh : KLIK SINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top