Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#Banjir2014 : Fizo Teruk Dikutuk Kerana Gambar Ini?



Baru-baru ini Fizo Omar telah dikritik hebat apabila dia memuat naik beberapa keping gambar berselfie ketika sedang membantu mangsa banjir di Kelantan.

Namun Fizo tidak melatah, dia telah mengeluarkan kenyataan buat mereka yang mengutuk perbuatannya itu. Ikuti kenyataannya di bawah.

Salam semua…ramai btol manusia yg hati busuk dan suka judge people sbb video selfie tgh banjir tu.gmbr tu di ambil semata2 utk tunjuk keadaan banjir di kelantan.sory to say ,kita diberikan akal fikiran dan itu membezakan manusia dgn binatang,jgn letakkan diri tu setaraf dgn …. 
Xperlu nak postkan semua gmbr tgh bantu mangsa yang terkandas dan tgh bg makanan semua.. 
Yg dok komen mcm2 tu meh sama2 kita trn ke kelantan ni bg bantuan drpd dok tunjuk tahap kecerdikan dlm fb ni. 
Xdpt turun pun berdoa pun jd lah.mgkn hri ni nasib orng lain xbaik.nntah2 esok lusa giliran kita plak n then orng yg kita dok kutuk2 pula dtg tlng bila dlm kesusahan.

Selaku anak jati Kelantan, Fizo Omar telah pun turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri kelahirannya itu. Terharu melihat Fizo yang begitu aktif sekali mengajak orang ramai menghulurkan bantuan menerusi akaun sosialnya. Melihat aksi Fizo dan rakan-rakan meredah banjir untuk sampai ke tempat yang telah terputus hubungan membuatkan diri ini sebak. Masih ramai yang berhati mulia seperti Fizo Omar ini.

Walaupun ada sesetengah kita tidak dapat turun ke lokasi untuk membantu mangsa banjir, namun dari jauh kami turut titipkan doa dan menghulurkan bantuan daripada segi derma dan sokongan moral. Ada ramai rakan-rakan di Kuala Lumpur turut sama turun ke pusat pengumpulan barangan banjir untuk membantu membungkus dan memasukkan barangan yang akan dihantar ke lokasi banjir. Itu pun satu usaha yang amat terpuji sekali.

Tahniah Fizo dan tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan keprihatinan mereka ketika negara tercinta menghadapi situasi ini. Walaupun ada yang tak henti-henti mengkritik, pedulikanlah segelintir manusia sebegini. Diorang ini kalau kita buat macam mana pun memang sampai mati tak akan puas hati. Yang penting kita tahu apa yang kita buat. Tak gitu?

Share this article

3 Komen:

  1. Memang tak suka pun Fizo ni..dh tk tgk kopi O bila dia ada. Tak de bakat pengacara pun.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top