Pemain TABS Safa Bandaraya, Enel Tan mendapat tawaran menyertai Akademi Bolasepak Bawah 15 tahun VfL Wolfsburg, kelab Divisyen Satu Bundesliga Jerman.
Tawaran itu diterima daripada kelab berkenaan bulan lalu, menurut ayahnya, Danny Tan.
Danny berkata, berdasarkan tawaran itu, anaknya dijangka mengikat kontrak dengan kelab berkenaan antara dua hingga tiga tahun.
Katanya, beliau akan menghantar anaknya ke Jerman sebaik sahaja urusan visa selesai.
“Buat masa ini saya mengurus visa dan selepas memperolehnya, saya dan isteri akan menemaninya ke sana,” katanya.
Enel, 13, salah seorang pemain remaja yang digilap TABS Safa Bandaraya, badan yang mengendalikan program pembangunan bola sepak belia Sabah turut dipantau Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA).
Sebelum ini, pemain remaja itu turut terpilih mengikuti latihan selama dua minggu di Cardiff City, Wales.
Dalam perkembangan lain, Enel bersama rakannya Mohd Hizaz Lokman, 14, turut dipanggil Safa Bandaraya mengikuti latihan persediaan bersama pasukan bawah 18 tahun Sabah menghadapi Kejohanan Piala Borneo di Kota Kinabalu, 6 Januari ini.
Hizaz adalah pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian yang pulang ke Sabah sepanjang cuti persekolahan.
http://www.hmetro.com.my/node/20199
BB : Hmm....Teringat pada Titus James Palani, apa khabar dan perkembangan terbaru beliau?
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....