Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!!! Pendedahan Menteri Mengenai #AirAsia Yang Amat Mengejutkan!!!




Sudah lumrah kita, sesuatu isu atau perkara hanya akan diselidik apabila berlakunya masalah atau bencana walaupun adakalanya isu tersebut merupakan aspek yang amat penting. Begitu juga dengan isu yang melibatkan Air Asia Indonesia kali ini.

Agak mengejutkan juga membaca laporan berita ini, Airasia hanya bersandarkan laporan kajicuaca jabatan meteorologi semata-mata tanpa ada sebarang taklimat daripada pegawai yang mahir dalam kajicuaca.

Jika benar pendedahan ini Air Asia mungkin bakal berdepan dengan satu lagi tindakan tindakan tegas kerana melangkau prosedur penting dalam penerbangan. Itulah pentingnya SOP.

Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berang dengan AirAsia Indonesia yang didakwa tidak mematuhi prosedur, menurut laporan detik.com

Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara prapenerbangannya.

Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.

"Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar," kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.

Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.

"Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai cuaca.

"Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik (BMKG)," kata Hadi.

Sementara itu, akhbar Tempo melaporkan seorang pengarah AirAsia Indonesia yang tidak dinamakan mengaku penggunaan maklumat cuaca penerbangan dari BMKG adalah "cara tradisional" mereka.

Menurutnya dengan cara itu, juruterbang membaca terus laporan cuaca itu tanpa perlu mendengarnya dari pegawai operasi penerbangan.

Namun, menteri bertegas agar AirAsia Indonesia menambah bilangan pegawai operasi penerbangan agar kecelakaan yang sama tidak berulang. M Kini
Share this article

1 Komen:

  1. NOW EVERYONE CAN DIE WITH AIRASIA..TUKAR STATEMENT!!!AMEKAW

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top