Nampaknya "kehilangan" Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PR yang lain ketika rakyat menghadapi bencana banjir bukan sengaja digembar-gemburkan oleh penyokong-penyokong Pro BN. Sebaliknya penyokong PR khususnya di kalangan blogger-blogger utama mereka turut menempelak pemimpin mereka.
Mari kita lihat apa yang blogger Ameno World luahkan di blognya :
Sudahlah tidak langsung menjenguk muka membantu mangsa banjir, bercuti pula di luar negara. Dah balik bercuti buat pula karnival bersuka ria tatkala insan lain menderita.
Bukan batalkan terus. Hanya perlu ditunda ke satu tarikh baru yang lebih bersesuaian dengan keadaan.
Ini karnival yang dimaksudkan.
Lihat gambar ;
Sebenarnya. Jika karnival yang dianjurkan ini dalam skala kecil aku tak rasa ralat. Ada sesiapa kat sini yang berhenti untuk makan, bekerja, keluar membeli belah atau hidup sekalipun bagi menunjukkan rasa kesedihan dan simpati terhadap apa yang berlaku ke atas mangsa2 banjir terutamanya di Kelantan?
Takde kan.
Semua tetap meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Menderma atau tak menderma, membantu atau tak membantu, kita semua tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.
Tetapi ini akan dijadikan isu oleh penyokong BN apabila melihat sebaran poster di bawah ;
Ada muka Anwar dan pimpinan PR yang lain. Ada pula logo PKR. Kalau logo UMNO yang tertera atas poster tue laju2 kena bahan. Kalau muka Najib yang terpampang kat atas poster tue laju2 lagi dia kena bahan.
So, tak hairan juga kalau Anwar dan PKR Permatang Pauh akan dikritik disebabkan penganjuran karnival di atas.
Cadangan aku. Kalau taknak batalkan pun harap2 Anwar tak turun ke karnival tersebut pada esoknya. Tak baik untuk reputasinya yang kini 50 - 50 di mata rakyat. Dan 100% hancur di mata penyokong2 PAS dan BN.
Kenapa?
1. Anwar lambat hadir ke Kelantan.
2. Lambatnya Anwar ke Kelantan dikaitkan dengan hubungan PKR dan PAS yang berantakan disebabkan isu hudud dan menteri besar Selangor.
3. Jadi penyokong2 PAS menganggap hubungan Anwar dan beberapa pimpinan PAS di Kelantan ialah dingin.
4. Itu sebab Anwar lambat turun padang dan hanya update dari luar negara.
Rujuk ;
5. Ini bukan hanya disebarkan oleh penyokong2 BN bahkan pembangkang juga.
6. Ya. Anwar sudah pulang dan dilaporkan sedang menuju ke Kelantan.
7. Tetapi kalau esok dia terpacak kat karnival tue orang akan bercakap. Rupa2nya balik semata2 nak p karnival tersebut. Kebetulan ada masa maka buat2 la tinjau keadaan di Kelantan. So ada la alasan geng2 PKR untuk membekap Anwar tadinya tue.
Kan tak elok untuk reputasi Anwar dan PKR yang semakin terjejas teruk dan hilang kepercayaan dari masyarakat disebabkan apa yang berlaku di Selangor? Sepatutnya gunakan masa2 ini untuk bina semula keyakinan masyarakat terhadap korang. Bukannya sibuk anjur karnival berdekatan dengan tarikh orang dilanda banjir le. Hadoi.
Seperti yang kita ketahui. Geng2 BN dah sebarkan poster mencari pimpinan2 PR yang hilang.
Apa tujuan mereka? Nak bagitau yang pimpinan PR pun dua kali lima macam pimpinan PR. Nak kena seru baru terhegeh2 tunjuk muka. Dan depa pun sakan bercuti ke luar negara.
Sesetengahnya beranggapan perbandingan ini kurang tepat. Ya. Kalau banding jawatan dengan jawatan memang tidak tepat. Mari kita banding wakil rakyat VS wakil rakyat. Bantuan yang boleh dihulurkan sebagai ketua pembangkang ada banyak dan macam2 woo. Kalau Anwar sendiri laju2 tinjau ke lokasi banjir, dia boleh laju2 'issue' kelemahan2 yang wujud sebab berada di ground.
Atas kapasiti ketua pembangkang yang mewakili rakyat Malaysia dia boleh catit satu persatu kelemahan yang ada dan huraikan untuk perbahasan dan pengetahuan kerajaan pusat dan negeri bagi menambahkan lagi kecekapan SOP dalam berhadapan dengan musibah banjir.
Nampak tak kat situ macam mana?
Najib. Individu yang berperanan mentadbir negara agak lambat bertindak. Namun, Anwar, individu yang dilantik untuk memantau Najib dan kerja2 pentadbiran oleh kerajaan BN pun lambat untuk menguruskan permasalahan. Kita ada ketua negara dan ketua pembangkang yang lambat bertindak sebenarnya.
Terima la hakikat rakyat Malaysia oi..
BB : Kalau setakat jadi ketua pembangkang yang kerjanya hanya mencari salah orang lain, menghentam sesuka hati pun dah FAIL, macam manalah orang macam ni yang korang dok puja dan agung-agungkan sebagai calon untuk menjadi ketua kerajaan?
JADI KETUA KERA-KERA BOLEHLAH!!!!
Pengundi pilih Pakatan bukan sebab nak minta tolong bab mrk tahu Pakatan tak ada duit, tapi mereka nak Pakatan lawan Pemyamun UMNO.
BalasPadampas tu pakatan pun sama-sama menyamun pulak..
PadamSiapa yang lebih menyamunnya. Kelantan dilanda Banjir Besar siapa punya kerja bukan PR ke? Habis balak ditebang sebab nak kayakan bersaudara komunis dari perak tu kan? Atau semua ini adalah balasan ALLAH bagi CASH sebab asyik sangat dengan sembahyang hajat kerrana mempertahankan DAJJALBESAR DARI MALAYA (KETUM)
BalasPadam