Nuffnang

KEJUTAN!!! Video Khairy Tergamam Dipeluk Wanita #Banjir2014



Misi Bantuan Banjir Khairy Jamaluddin bukan sahaja dipenuhi dengan jadual padat, bahkan pelbagai kisah, cerita dan pengalaman turut dikongsikan oleh mangsa banjir kepada beliau. 

Namun, satu peristiwa yang mungkin sukar dilupakan buat Khairy pada misi kali ini apabila dipeluk dengan tidak semena-mena oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Peristiwa yang menyayat hati ini berlaku di Machang, Kelantan apabila seorang wanita tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat rumahnya telah tiada lagi akibat dihanyutkan air banjir.


KLIK SINI jika anda tidak dapat menontonnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menegaskan tiada keperluan menubuhkan kerajaan campuran Umno dan PAS dalam usaha menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.

Beliau berkata buat masa kini kerajaan persekutuan memang bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan PAS terutama dalam soal mengerah agensi berkaitan untuk membantu mangsa banjir.

"Saya rasa tak perlu sampai menubuhkan kerajaan campuran sebab itu soal politik. Kita boleh ada penyelarasan biasa ... sebab walaupun PAS ialah kerajaan negeri, apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) datang, Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) juga ada.

"Ini bukan masa untuk bincang soal perpaduan, sebaliknya untuk sampaikan bantuan (kepada mangsa banjir). Dan bantuan tetap disampaikan dengan kedudukan sedia ada," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan bencana banjir kepada masyarakat Siam di Kampung Teresek di Rantau Panjang hari ini.

Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, mengulas satu saranan supaya kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS membentuk kerajaan campuran bagi menyelesaikan masalah banjir yang sekian lama menghantui penduduk di negeri ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Pemuda Umno juga akan mengambil tindakan proaktif membantu membersihkan kesan banjir terutama runtuhan binaan seperti rumah, sampah-sarap dan lumpur tebal.

Beliau berkata fasa kedua iaitu membersihkan kawasan terjejas adalah sama penting dengan fasa menyelamat serta memberi bantuan berupa bekalan makanan dan keperluan asas seperti tilam dan ubat-ubatan.

"Saya tengok kemusnahan di beberapa tempat seperti Kuala Krai dan Gua Musang lebih kurang sama macam di Aceh (yang dilanda tsunami pada 2004).

"Itulah skala kemusnahan dan saya harap kami dapat terus beri masa untuk kami datang dan bantu dalam usaha bersihkan serta memastikan mangsa banjir dapat pulang ke rumah mereka," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata Pemuda Umno telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysian Doctors Club untuk membawa beberapa doktor bagi memberi rawatan kepada mangsa banjir yang tidak sempat pergi ke klinik atau hospital.

Beliau berkata ini bagi memastikan golongan itu mendapat rawatan yang sewajarnya bagi membendung penyakit yang mungkin menyerang susulan bencana banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

"Pemeriksaan ini diperlukan sebab kami tengok ada beberapa tempat banyak kes batuk, demam, yang perlukan rawatan cepat sebab mungkin doktor-doktor di hospital perlu menangani kes lebih serius," jelas Khairy.

- Bernama

Gambar-gambar dibawah menceritakan misi bantuan banjir yang disertai Khairy Jamaludin.









Share this article

3 Komen:

  1. Pelik juga ada pihak yg mengaku penyokong Umno tapi selalu hentam KJ.Sepanjang yg aku nampak KJ ni kira berwibawa juga org nya ada idea,berani dan proaktif.Cuma kadang-kadang di anggap agak liberal,tapi rasanya dia tak lah se teruk Sariffudin Abdullah.

    BalasPadam
  2. KJ tu ok je orngnya.berani bersuara,orng muda katakan.jika ramai pemimpin muda camni kan bagus.KJ ni ada karisma yg tersendiri.kita mesti sokong pemimpin yg bnyk idea kan bagus untk negara kita MALAYSIA yg tercinta ini.orng yg selalu hentam tu abaikanje.sikap iri hati kan menebal dlm jiwa manusia ni apalg hasaddengki....

    BalasPadam
  3. Orang yg hentam kJ ni biasanya orang lama yg pro Tun M..mana tidaknya,entah dari mana datang tiba2 jadi menantu Pak Lah lepas tu boleh plk ada skandal pasal MV Augusta tu..walaupun beliau banyak kontroversi di awal namanya, tapi sekarang dah makin ok hanya perlu sedikit improvement dalam isu Melayu..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top