Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!! Azmin Lancar Perang Dengan Khalid Ibrahim!!



Umumnya kita tahu hubungan  dingin antara Azmin dengan mantan Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim. Namun, berasaskan kedua-duanya daripada parti yang sama (Sebelum Khalid dipecat), kita tidak menjangkakan perang dingin itu akan merebak dan meletus akhirnya.
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengarahkan bekas kakitangan kepada menteri besar sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim mengembalikan pampasan sebanyak RM2.6 juta yang diterima.

Menurut Azmin, pembayaran itu tidak mematuhi beberapa tatacara dan peraturan kewangan berhubung syarat dan kontrak penggajian mereka.

Kata Azmin lagi, bayaran yang sepatutnya diterima mereka akan ditentukan dan hanya akan dibayar selepas wang tersebut dikembalikan.

“Setelah mendapat nasihat pihak peguam, pengurusan baharu memutuskan untuk menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu.

"Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka,” katanya seperti dilaporkan portal Selangorkini.

Lapan orang kakitangan Khalid itu diminta mengembalikan bayaran tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh surat itu.

Beliau dilaporkan bercakap kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor hari ini.

Sementara itu, bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Hussin berkata beliau akan mengulas perkara berkenaan selepas menerima surat tersebut.

"Saya belum menerima sebarang notis mengenainya dan akan komen apabila tiba waktunya," katanya kepada Malaysiakini.

Satu laporan audit yang oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pada 3 Disember 2014 mendapati berlaku kesalahan daripada tatacara dan prosedur pembayaran pampasan kepada lapan kakitangan Khalid.

Audit sama juga mendapati terdapat lebihan pembayaran kepada Faekah dan bekas Setiausaha Politik menteri besar, Mustapha Mohd Talib.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top