Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#AirAsia : Juruterbang Kantoi Dadah!!



Hmm..... lepas satu, satu. Macam berangkai pula kes melibatkan Air Asia ni. Samada kebetulan atau dirancang, Wallahu alam. Seorang juruterbang AirAsia dilapor positif dadah setelah menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.
Beliau menerbangkan pesawat dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dengan pesawat AirAsia QZ7510.



Pegawai Kementerian Pengangkutan, Hadi Mustofa Djuraid (atas) mengesahkan perkara itu hari ini, lapor media tempatan Tempo.

"Dipastikan (juruterbang) positif narkoba (dadah berbahaya) jenis morfin," Hadi dipetik sebagai berkata.

Menurutnya lagi, penemuan itu diperoleh setelah pemeriksaan air kencing yang dijalankan pasukan kesihatan penerbangan.

Pemeriksaan juga dibuat pasukan pemeriksaan kelayakan mengoperasi pesawat udara kementerian pengangkutan di Lapangan Terbang, Ngurah Rai Bali, pagi tadi.

Pemeriksaan dilakukan setelah pesawat itu mendarat pada jam 08.50 pagi (waktu tempatan).

Hadi menambah, dengan penemuan tersebut, juruterbang itu kini tidak dibenarkan membawa pesawat, lapor Tempo
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top