Nuffnang

#QZ8501 : TERKINI!!! Objek Dan Mayat Ditemui - DIKEMASKINI



Sebentar tadi media-media di Indonesia mula memaparkan visual-visual yang didakwa sebagai penemuan terkini pesawat Air Asia yang hilang. Antara penemuan yang dijumpai ialah serpihan kayu dan juga mayat manusia.

Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (KEMENHUB) mengesahkan objek ditemui di Laut Jawa mempunyai kaitan dengan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.


Laporan yang dipetik daripada DetikNews disahkan oleh Plt Dirjen Perhubungan Udara Kementerian, Djoko Murjatmodjo.

"Sudah dipastikan itu adalah serpihan pesawat. Ada tiga objek yang titik kordinatnya berbeza tadi.

"Infomarsi itu juga selari berdasarkan maklumat yang diberitahu oleh Badan mencari dan menyelamat (BASARNAS) sebentar tadi," kata Djoko.

Djoko berkata, jika warna objek itu adalah putih dan merah adalah dipercayai mempunyai kaitan dengan badan pesawat.

"Tentera Nasional Indonesia akan terbang ke Pengkalan Bun berikutan objek ini berpotensi menjadi petunjuk," kata Djoko.

Sementara itu, mayat yang telah kembung ditemui berhampiran kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 mengakhiri tanda tanya nasib pesawat itu yang hilang sejak Ahad lepas.

Pada awalnya pesawat dalam misi pencarian menemui 10 objek mirip pintu pesawat, jaket keselamatan dan juga gelongsor kecemasan dalam lingkungan 10km persegi di sekitar perairan Kalimantan.

Anggota pasukan Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) dilihat diturunkan dari helikopter untuk mengambil mayat berkenaan yang berupa seorang lelaki.

Ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501 akan diterbangkan esok ke lokasi pencarian.
Bagaimanapun, setakat ini dilaporkan hanya satu mayat itu sahaja yang ditemui terapung di kawasan penemuan serpihan itu.

Pesawat Airbus A320-200 dikendalikan oleh syarikat penerbangan AirAsia Indonesia ketika hilang sedang dalam penerbangan ke Singpura dari Surabaya, membawa bersama 162 orang.


DIKEMASKINI......



Sebaik disahkan pesawat Air Asia QZ8501 terhempas di Laut Jawa, keluarga waris yang berkumpul di Crisis Centre Lapangan Terbang Juanda Surabaya terus mengalami truama dan ada yang pengsan.

Dilaporkan sekitar enam mayat telah ditemui dan dibawa menaiki kapal tentera Indonesia di kawasan tersebut.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dijadualkan akan terbang dari Jakarta ke Surabaya untuk bertemu dengan keluarga waris sebaik disahkan pesawat QZ8501 itu ditemui sebentar tadi.

Ini merupakan perkembangan baru selepas masuk hari ketiga pencarian pesawat malang milik Air Aisa Indonesia... pencarian lebih tertumpu kepada Selat Karimata berhampiran pulau Bangka, kira-kira 15 ke 20 kilometer daripada tempat kapal terbang kali terakhir bercakap dengan menara kawalan.

Kawasan tersebut menjadi fokus selepas seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Taha mendakwa melihat banyak serpihan yang "bukan sampah biasa" dilihat di kawasan tersebut pada Isnin.

Berbekalkan maklumat tersebut pesawat tentera Indonesia (TNI) dikerahkan untuk memulakan pencarian di zon yang disebut oleh Taha.

Hasilnya lebih kurang jam 11.00 pagi tadi lebih 10 objek berjaya dirakam pesawat Hercules C130 yang turut membawa media.

Selepas beberapa kali berlegar dikawasan tersebut, mereka pulang ke pengkalan udara Landasan Udara Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, dan membuat laporan.

Hasilnya satu pasukan khas diterbangkan ke tempat kejadian yang kemudiannya untuk mengambil serpihan.

Petang Selasa, serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya.

Sementara pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 Letnan Satu Penerbang Erwin Tri Wibowo mengaku menemukan tubuh manusia di Selat Karimata, Kalimantan Barat.

"Tadi juga sempat tertangkap kamera seperti orang terbawa ombak," ujar beliau.

Tri mengatakan tubuh manusia tersebut ditemukan dekat Teluk Air Hitam, Selat Karimata.

Pesawatnya sempat berputar-putar beberapa kali di kawasan itu untuk mencari dugaan tubuh tersebut. Namun, ia hilang.

Sementara itu, berikutan perkembangan tersebut Ketua Badan Penyelamat Indonesia Soelistyo mengarahkan semua pasukan yang terlibat dengan SAR menuju ke zon serpihan AirAsia ditemui di Laut Jawa.

Menurut dia, seluruh armada akan menuju ke lokasi melakukan pencarian. Di titik itu ditemukan sejumlah serpihan mulai dari pelampung, dan pecahan exit door.-30/12/2014
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top