Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ADA LAGI? Pesawat Air Asia Zest Pula Tergelincir Di Filipina (VIDEO DAN GAMBAR)



Filipina, 30 Dis - Sebuah pesawat AirAsia Zest bernombor pendaftaran Z2 272 hari ini dilaporkan tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi. 

Bagaimanapun, kesemua penumpang di dalam pesawat tersebut dilaporkan selamat dan telah dikeluarkan dari pesawat terbabit. 

Menurut laporan, keadaan cuaca yang buruk serta gangguan pada sistem pesawat menjadi punca pesawat tersebut tergelincir. 

Menurut Jet Damazo Santos, seorang jurnalis dari Rappler Indonesia, penumpang dikeluarkan dari pesawat tersebut menggunakan papan gelongsor kecemasan. 

"Enjin dimatikan dengan segera, kami diberitahu untuk meninggalkan beg dan keluar dari pesawat dengan kadar segera", katanya melalui akaun Twitter. 

Gambar peristiwa telah dikongsi oleh beliau yang menggunakan akaun Twitter dengan nama @jetdsantos. Beliau adalah salah seorang penumpang yang terbabit dalam kejadian tersebut.





Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top