Nuffnang

#BANJIR2014 : SENARAI AUTA @ FITNAH - Jangan Jadi Penyebar Fitnah!!! WAJIB BACA!!!



Di dalam tempoh berlakunya insiden banjir terburuk dalam sejarah negara sejak tahun 1971, pelbagai cerita dan berita yang kita dengar mengenainya sama ada dari akhbar-akhbar arus perdana mahupun menerusi laman-laman sosial.


Mungkin tidak cukup dengan berita-berita rasmi yang sahih dilaporkan sebelum ini, muncul pula "wartawan-wartawan pesbuk" yang melaporkan cerita-cerita tidak tepat, palsu dan tidak benar sehingga mengelirukan ramai pihak, khususnya di laman sosial Facebook.

Berikut adalah senarai beberapa cerita yang dikenal pasti sebagai "PALSU" yang tersebar sejak keadaan banjir kian buruk di zon Pantai Timur Semenanjung Malaysia;
  1. Darurat diisytihar di Kelantan
  2. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum
  3. Bantuan dari NGO dan persendirian ditahan atas alasan untuk ditampal "sticker" Barisan Nasional (BN).
  4. Surat dari anggota tentera (kononnya kebuluran kerana bantuan tidak sampai). 
  5. Sekolah di Manek Urai runtuh. Puisi ibu darwish yang berjudul "Tidurlah Sayang"
  6. Sewa helikopter tentera RM4500 
  7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar kejadian berlaku di Indonesia)
  8. Keluarga 10 orang maut akibat terperangkap dalam rumah 
  9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
  10. Empangan Thailand yang melepaskan air.
  11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja.
  12. Kerajaan hanya hantar 1 set janakuasa sahaja di Kelantan (padahal yang terkini dilaporkan sebanyak 8 set janakuasa dihantar, 4 di Gua Musang, 2 di Tanah Merah, 2 di Kota Bharu)
  13. Kerajaan hanya hantar 1 set janakuasa sahaja di Kelantan (padahal yang terkini dilaporkan sebanyak 8 set janakuasa dihantar, 4 di Gua Musang, 2 di Tanah Merah, 2 di Kota Bharu)
  14. Sekiranya tidak dibendung, dijangka senarai tersebut akan menjadi lebih panjang.



Tidak diketahui tentang motif penyebaran cerita palsu itu sama ada bermotifkan politik, cuba menarik perhatian atau "kurang kasih sayang", namun itulah landskap sikap "baik hati" segelintir rakyat Malaysia di laman-laman sosial.

Sehingga kini juga, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memburu empat pihak yang dikatakan terlibat membuat cerita palsu dan menyebar kisah "dongeng" ciptaan mereka di laman-laman sosial.





Pihak berkuasa dan pemimpin kerajaan juga berkali-kali memberi amaran supaya tidak menyebar sebarang berita yang tidak benar dan belum terbukti kesahihannya.

Perkembangan terkini menyaksikan seluruh jentera kerajaan, pihak berkuasa, orang awam, NGO dan pelbagai pihak lain bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir di semua negeri yang terbabit dengan bencana tersebut.

Sememangnya diakui beberapa lokasi mangsa banjir agak sukar untuk ditembus masuk ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu dan arus yang terlalu deras sehingga mampu membahayakan nyawa para anggota keselamatan yang cuba membantu mangsa.

Insiden banjir yang melanda negara pada tahun ini merupakan yang terburuk dalam sejarah sejak 1971 yang membabitkan lebih 200,000 mangsa. -Kedahnews.com
Share this article

4 Komen:

  1. Jangan lengahkan penangkapan kepada si kaki fitnah ini sumbat terus dalam penjara, buat pengajara kepada manusia lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak bole mcm tu. Ada undang2 kenalah ikut undang2. Soal siasat dulu, pah tu dakwa, pah tu bicarakan, kalu salah boleh merayu dan akhir sekali boleh denda atau penjarakan.

      Kena step by step la.
      Janganlah gelojoh sangat cik...heee

      Padam
  2. Cuba buat siasatan betul ker ada mangsa yang tidak dapat bantuan makanan hingga ada yang kelaparan hingga tiga empat hari. Macam betul, macam tak betul la.... Kalau tak betul, ambil tindakan kepada mereka yang buat cerita ini. Kalau betul, mungkin hal ini yang menyebabkan mereka/ orang ramai berasa marah sbb bantuan lambat sangat dan mereka dalam kelaparan yang teramat sangat....

    BalasPadam
  3. Saat ditimpa musibah..rakyat blumba mnyebar fitnah..apa akn jadi malaysiaku...langsung x takut kan tuhan...yg memfowardkan jga sperti x pnya akal...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top