Nuffnang

PENGUMUMAN : Senarai Terkini Status Halal Haram JAKIM




Satu maklumat dan pendedahan yang betul-betul menyentap iman kita sebagai umat Islam. Bagaimana logo Halal JAKIM digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh satu jenama restoran makanan tanpa pernah mendapat pengesahan Halal dari JAKIM sendiri.

Kenapa mereka begitu berani menipu pelanggan khususnya yang beragama Islam tanpa rasa takut sedikit pun?


Restoran/produk berikut TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop ( Secara Keseluruhan. Bagaimanapun Ada Branch/Outlet Yang Mendapat Pensijilan Halal Secara Khusus. Boleh Rujuk Di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia )




3)  Kiwi Express



Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM


Sila semak disini
Share this article

29 Komen:

  1. The Chicken Rice Shop disahkan halal dalam direktori JAKIM. http://www.halal.gov.my/ehalal/directory_standalone.php?type=M&cari=chicken%20rice%20shop

    Sila buat carian terlebih dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila baca dengan teliti terlebih dahulu

      Padam
    2. Sebelum memberi apa-apa kenyataan, tolong periksa fakta mengenai status halal untuk restoran THE CHICKEN RICE SHOP. Of course, kalau you cari "chicken rice shop" dalam direktori JAKIM memang tak dijumpai tapi you kena taip "THE CHICKEN RICE SHOP" , baru you jumpa.

      http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/component/content/article/7-direktori-halal/126-direktori-halal-malaysia

      Padam
    3. Yang bg komen kat atas ni faham tak sebenarnya apa yg dipost oleh admin ni? Mari saya tolong fahamkan. Dalam post atas ni, dia kata terdapat outlet The Chicken Rice Shop yang memang dapat sijil halal..tp ada sesetengah outlet yang belum dapat sijil halal..

      Padam
    4. Macam mana F&N dan Coke boleh dapat sikil halal jakim, apa kah resepi dan bancuhan disertakan semasa pemohonan halal, sedangkan resepi rahsia Coke dijaga begitu rapi, bukankah ramuan resepi 100 yang disah kan halal baru diberi sijil, ini ada lah tidak adil sedangkan produk tempatan perlau memaklumkan 100% ramuan baruboleh disahkan halal jakim

      Padam
  2. saya xmakan kiwi kasut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawaklerrrr hbs kalu kasut ade dna babi,awak nk pakai lerr sbb awak xmkn kasut,haahah cube faham konsep halalndlm kehidupan seharian muslim

      Padam
    2. Kita ada sirious dia pulak nak buat lawak, tak lucu pun, jangan buat lawak tak tentu pasal, perkara halal/haram jangan buat mainan.

      Padam
    3. Saya shorkan Jakim ambil tindakan dan pastikan apa apa barang dan makanan orang2 Islam harus gunakan bahan2 halal dan
      mempunyai logo halal....saperti sabun mandi ubat gigi
      shampoo rambut bahan solek dll.

      Padam
    4. Jakim dah cuba bagi yang terbaik untuk semua,Proses dalam memberi sijil halal ada pelbagai aspek yang premis makanan perlu patuhi.Apa pun,kita juga harus bijak membuat keputusan.Jangan main makan je di kedai mamak,gerai gerai tepi jalan,walaupun melayu yg masak.Antara salah satu faktor makanan jadi haram adalah,kebersihan cara pembuatan.Berjuta gerai di Malyasia yang tidak mempunyai sijil halal.Tetapi tidak semua tidak halal.Jangan tggu hanya Jakim yg membuat tindakan,makanan tersebut masuk di perut kita jadi jangan jadi islam yg hanya pandai berkata kata buktikan dengan perbuatan.Semoga kita di sentiasa di jaga Allah S.W.T

      Padam
    5. Setuju. Pda sya JAKIM dh cuba yg terbaik sehingga dikelaskn sbg setaraf dgn standard ISO. Yg jdi masalahnya....kita "deal" dgn manusia. Bkn mesin. Manusia kalau nk menipu...mcm2 boleh buat...walaupn pihak JAKIM dh cuba mcm2. Cuma mende2 cmni boleh dijadikn pengalaman utk pihak JAKIM tambah baik lgi prosedur2 kawalan. Kita yg buat komen mmg mudah je....modal air liur je.....tpi pihak yg melaksanakn itu...bkn mudah. Mungkin kalau kita diletakkn dlm jawatankuasa kawalan JAKIM....kita lebih tahu dan lebih "appreciate" kerja dieorg.

      Padam
  3. Mohon pencerahan kenapa barangan colgate palmolive tidak ada dalam direktori JAKIM..banyak barangan pengguna yang kita guna dari syarikat ini..sabun..syampo ..ubat gigi..bagaimana stausnya.

    BalasPadam
  4. Ni semua pembohong besar. Ada jgk org islam yg masih percaya maklumat mcm ni. Tulis panjang2 tp xada link ke sumber yg sahih.

    BalasPadam
  5. Pengesahan status halal JAKIM untuk restoran The Chicken Rice Shop
    Memandang isu makanan halal menjadi perkara yang sangat sensitif kepada masyarakat Islam di negara kita masa kini, syarikat kami juga tidak terkecuali daripada permasalah tersebut. Kebelakangan ini syarikat kami dihujani dengan pelbagai soalan melalui media cetak dan media elektronik berkaitan status halal syarikat ini.
    Walaupun perkara ini adalah merupakan isu berbangkit, syarikat kami ingin menegaskan bahawa The Chicken Rice Shop memang adalah sebuah syarikat makanan halal yang telah mendapat pengesahan halal daripada Jakim sejak bulan April tahun 2005. Syarikat kami memang mempunyai hubungan yang baik dengan Jakim dan sentiasa mematuhi segala peraturan halal yang telah ditetapkan oleh Jakim dari masa ke semasa.
    Merujuk kepada beberapa artikel dari website yang kononnya syarikat ini tidak mendapat pengesahan halal dari Jakim, perlu dijelaskan disini bahawa persoalan ini telah diutarakan kepada pihak Jakim pada tahun 2003. Pada waktu itu syarikat kami telah pun mendapat sijil halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana restoran kami hanya beroperasi di negeri Selangor. Kekeliruan timbul apabila pihak Jakim memberi jawapan iaitu syarikat ini tidak pernah memohan sijil halal daripada Jakim walhal syarikat ini telah mendapat sijil halal daripada pihak JAIS.
    Walau bagaimana pun kekeliruan ini telah pun berjaya di atasi apabila syarikat kami mula memohon sijil halal Jakim serta berjaya memperolehi sijil tersebut beberapa bulan kemudian. Pihak Jakim sendiri telah pun mengemaskini segala data dan maklumat terkini didalam Website Jakim. Sila layari Website Jakim www.halaljakim.gov.my untuk mendapat kepastian tentang status halal syarikat kami. Terima kasih
    Cara-cara carian maklumat dari website JAKIM adalah seperti berikut:
    1) Klik > PENGGUNA
    2) Klik > DIRECTORY HALAL
    3) Senarai Direktori klik > SYARIKAT
    4) Maklumat carian taip > The Chicken Rice Shop ( taip nama penuh syarikat )
    5) Klik > Premis Makanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. watever.... The Chicken Rice Shop x sedap langsung.... sorry to say...

      Padam
    2. kesian kat hang.. nak amik 20 sen gi beli aiskrim paddle pop

      Padam
  6. Makan nasi ayam TAR sudah... atau pon nasi ayam petron....ayamas... sedap pon sedap... dari chicken rice shop... try suruh JAKIM check sumber ayam mentah diorang abik mana... sembelih ke?.. cabut kepala?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi ayam TAR atau nasi ayam petron cabut kepla gak ke? try soh jakim check mne sumber aym mentah petron amik

      Padam
  7. Saya difahamkan JAKIM tidak mempunyai kakitangan 'enforcement unit' yang cukup untuk memantau
    papan tanda logo halal diseluruh negara.

    BalasPadam
  8. agaknya body guard menteri lagi ramai dari pegawai jakim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya amat bersetuju, harap pihak JAKIM membuka minda dgn mencari solution bg penambahan kakitangan untuk enforcement....mungkin juga ada diantara rakyat Malaysia yang bermurah hati ingin menjadi sukarelawan, mengapa tidak mencuba membuka peluang ini...?

      Padam
  9. Balasan
    1. boleh saya bertanya.....macam mana tu?

      Padam
  10. Sabun lux halal atau haram?

    BalasPadam
  11. Sabun lux halal atau haram?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sabun tu dicuri haram hukumnya!

      Padam
  12. Kepada yang beragama ISLAM, harap jangan diambil ringan soal halal-haram ni kerana ianya menjadi darah daging kita. Sarankan JAKIM dpt menyediakan satu saluran yang memudahkan orang ramai mengesan dengan kaedah yang cepat dan tepat. Jgn jadi mcm kes Cadbury, dah kenyang umat Islam makan baru mendapat maklumat.

    Mungkin benar, JAKIM kekurangan staf untuk buat pemantauan dan enforcement...ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya orang Islam yang sudi menjadi sukarelawan, mengapa tidak pihak JAKIM buka peluang ini seluasnya-luasnya agar kita semua dapat menangani isu seperti ini dimasa-masa akan datang..? Hanya memberikan pendapat. Insyaallah, jika JAKIM tulus, rakyat Malaysia juga ikhlas membantu dgn sukarela.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. SAYA HARAP JAKIM MENGAMBIL TINDAKKAN KEPADA SETIAP PRODUK YANG MENGGUNAKAN TANDA HASIL TANPA MENDAPAT KELULUSAN JAKIM. INI MERUPAKAN PENIPUAN KEPADA ORANG ISLAM. ORANG KAFIR TIDAK PERLU TANDA HALAL ATAU HARAM. JIKA PRODUK INI DITARIK DARIPADA PASARAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT..INSYALLAH LAMA KELAMAAN KITA DAPAT MENGAWAL PERKARA INI.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top