Nuffnang

KANTOI!!!Pemikir Makmal Politik PR Rupanya Kaki Fitnah!!! @KhairyKJ @Reginalah @KBSMalaysia





Macam ini ke tahap intelek dan kredibiliti Ketua Makmal Kajian Politik As-Soft (MKPA) milik PR? Apa punya BAGHAL da..... Entah sumber mana yang beliau dapat, dan tanpa usul periksa, dengan bangganya menyebar FITNAH. Siap buat kajian lagi tu yang penulis tak boleh belah!!!


Jom kita lihat Blog Apple Biru yang telah membuat pembongkaran ini :

Semak dengan pembangkang ini. Bukan sahaja suka membangkang malah suka memfitnah! Kalau sekadar gelaran "ustaz" tidak semestinya betul belaka! Bukannya maksum, tiada kesalahan dan kepincangan waima dijanjikan syurga sekalipun.

Jika tidak memfitnah, bukanlah pembangkang lah namanya. Terbaru fitnah seorang yang digelar ustaz Hasbie Muda yang mengangkat dirinya sebagai penganalisis politik yang pro PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau telah mendakwa Kementerian Belia dan Sukan telah memberikan peruntukan RM650,000 kepada seorang penyokong UMNO yang bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO menang dalam PRK Kuala Besut tempoh hari.



PROFIL KAKI FITNAH INI : https://www.facebook.com/hasbiemuda


Setelah teman selidiki daripada sumber Kementerian Belia dan Sukan, tiada apa-apa peruntukan yang disalurkan kepada individu yang dimaksudkan oleh beliau. Teman dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan hanya membuat pelepasan kepada cabaran berjalan kaki tersebut bagi mewakili Perdana Menteri.

Fitnah ini adalah bertujuan untuk memburuk-burukkan kepimpinan UMNO dalam kerajaan dan kredibiliti serta imej kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Itulah kerja pembangkang yang tak habis-habis menuduh tanpa bukti. Teman harap pihak Kementerian Belia dan Sukan dan Menteri Belia dan Sukan membuat laporan Polis dan membuat tindakan saman fitnah sekiranya pemilik facebook yang bernama Hasbie Muda ini tidak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka terhadap kenyataan fitnah beliau di facebook.

Sebaran kenyataan fitnah beliau di facebook tersebut telah menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan kerajaan serta agensi kerajaan khususnya.



Bagi penulis, ini mungkin sebagai satu tindak balas bagi "divert" isu  Memperkasa Agenda Bumiputera yang baru diumumkan oleh YAB PM semalam. Nampaknya PR cuba mengalihkan tumpuan rakyat marhaen daripada agenda memperkasa bumiputera yang boleh dianggap sebagai "buah tangan" terbaik kerajaan DENGAN isu "pembaziran" yang kononnya dilakukan oleh kerajaan kepada seorang penyokong fanatik parti.

Dan penulis menyokong penuh cadangan daripada blogger Apple-Bru di atas supaya pihak KBS mengambil tindakan yang tegas kepada Hasbie Muda ini. Jangan bagi muka!! Kalau dulu KBS hanya membuat penjelasan di Parlimen berhubung kontroversi yang dibangkitkan oleh YB Mahfuz Onar, kali ini takkan nak biar je lagi.

Sudah sampai masanya agensi kerajaan proaktif dalam memberi maklumbalas serta penjelasan kepada rakyat bagi memperbetulkan persepsi mereka terhadap fitnah-fitnah yang disebarkan oleh pembangkang. Sikap berdiam diri agensi kerajaan hanya akan "mengesahkan" dakyah pembangkang sekaligus mewujudkan perasaan benci serta tidak percaya mereka kepada kerajaan.






Berikut adalah kenyataan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin di facebook mengenai fitnah KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MEMBERI PERUNTUKAN RM650,000 kepada seorang penyokong UMNO yang bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO menang dalam PRK Kuala Besut tempoh hari.



Ada yang tuduh Kerajaan melalui KBS memberi RM650 ribu untuk program jalan kaki dari Besut ke Putrajaya. Mungkin tuduhan ini dibuat sebab saya mewakili YAB PM di pelancaran program tersebut pada 13 Sept di Putrajaya. 

Disini saya ingin jelaskan bahawa RM650 ribu itu adalah penajaan dari syarikat-syarikat swasta, kebanyakkan dari Terengganu dan bukan peruntukan Kerajaan/wang rakyat.

Saya sendiri menyaksikan penyerahan mock cheque tersebut. Tidak ada apa-apa peruntukan diberi oleh KBS bagi Kerajaan Malaysia. Harap mereka yang menyebarkan fitnah di media sosial mengambil maklum pencerahan ini.





Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top