Nuffnang

PEMILIHAN KETUA PEMUDA : Dah Ada Yang Berani Cabar KJ!!!




Menteri Belia dan Sukan @KhairyKJ yang telah mengumumkan akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno bagi penggal kedua nampaknya bakal dicabar kali ini. Ketika        jawatan tertinggi lain sedang rancak melihat pencalonan dan kegiatan melobi, namun KJ seperti mendapat sokongan majoriti golongan muda dalam Umno untuk terus menerajui kepimpinan.



Maka perkembangan ini mungkin memberi sedikit "kejutan" kepada team YB KJ yang sebelum ini seolah-olah akan mendapat laluan mudah menang tanpa bertanding. Namun persoalannya, adakah calon atau individu yang benar-benar berkaliber dan mampu menandingi personaliti KJ.

Perkembangan terkini, Akhramsyah Sanusi, anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, berkata beliau sedia bertanding menentang penyandang kerusi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada pemilihan parti tahun ini.




"Saya mahu melihat sayap Pemuda kembali ke era kegemilangannya di mana ada keikhlasan dalam perjuangan dan perpaduan dalam melaksanakan agenda Melayu," katanya.

Akhramsyah menyertai saingan bagi menidakkan peluang Khairy memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno tanpa bertanding.

Jika sebelum ini KJ berjaya  dalam pertembungan getir 3 penjuru melibatkan Khir Toyo dan Mukhriz, adakah beliau mampu sekali lagi menidakkan pesaingnya dari memenangi kerusi panas tersebut? Atau adakah lagi calon yang akan tampil untuk merebut jawatan ini?

Apakah faktor "pemimpin golongan bangsawan" atau pemimpin yang lahir dari keturunan pemimpin terdahulu akan terus mewarnai dunia politik tanah air? Sekali imbas dan pandangan peribadi penulis, "aura" Akramsyah masih belum mampu menandingi KJ apatah lagi memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno. Sebab apa? biarlah rahsia dulu....


Share this article

3 Komen:

  1. lembik lah, sama dgn Sanusi Junid..takda muka lain ke?

    BalasPadam
  2. muka sapo terr, hok KJ sokmo..beri kok lain pulok arhh,

    BalasPadam
  3. muko sapo terr? yg ada ni dah cukup baik. aku rasa bg hat calon mentah tu kang, terus lingkup.
    KOMPEM kena kondem dgn masyarakat, cybertrooper sebelah sana pasti akn ambil kesempatan utk terus hentam & pd masa sama memalukan si penipu tu sendiri..haishh, belum apa2 dah kantoi, kena saman pulak..eeii, tension pula memikirnya beb. kerja gila

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top