Nuffnang

MENYAYAT HATI : Bapa Tidak Sedar Mayat Anak Dibawa Ke Klinik!!




Seorang bapa yang cuba mendapatkan rawatan bayi lelakinya yang baru diambil dari sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, tidak sedar anaknya sudah tidak bernyawa kira-kira dua jam sebelum itu. 



Perunding syarikat swasta, Muhamad Norman Rosman, 26, berkata kematian anaknya, Muhamad Qhaliff berusia tujuh bulan hanya diketahui ketika mendapat rawatan di sebuah klinik berdekatan. 

“Doktor yang merawat memberitahu Qhaliff sudah ‘tiada’ (tidak bernyawa), dua jam sebelum saya ambil dari pusat asuhan itu,” katanya di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi. 

Katanya, ketika beliau mengambil Qhaliff pada jam 5.30 petang, keadaan kepalanya terkulai serta muka dan bibirnya kebiruan sebaik menempatkannya di kerusi bayi. 

Norman berkata, sebaik melihat keadaan anak keduanya itu, beliau bergegas semula ke pusat asuhan berkenaan untuk mengetahui perkara sebenar yang menimpa bayi terbabit. 

“Namun kedua-dua pengasuh yang berada di pusat asuhan itu mendakwa tiada perkara buruk yang berlaku terhadap Qhaliff,” katanya. 

Beliau berkata, anaknya sebelum ini tidak menunjukkan tanda mempunyai masalah kesihatan kerana mangsa sentiasa aktif. 

“Qhaliff cuma mempunyai masalah untuk minum susu, namun dia tidak ada masalah lain yang serius,” katanya. 

Anak muntah darah 

Norman berkata, beliau sekali lagi bertanya kepada pihak pengasuh dan selepas didesak, mereka memberitahu Qhaliff ada muntah hingga keluar darah pada sebelah petang. 

“Mereka mendakwa itu perkara biasa. Saya kecewa dengan jawapan itu kerana jika dimaklumkan lebih awal saya boleh berbuat sesuatu menyelamatkannya,” katanya. 

Difahamkan, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan Qhaliff dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2 Keramat, hari ini.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top