Nuffnang

TUDUHAN DAN FITNAH!! Kenapa Kerajaan Tidak Ambil Tindakan?




Kerajaan digesa mengambil tindakan undang-undang ke atas pembangkang jika benar mereka melakukan penipuan berkenaan isu pengundi hantu warga Bangladesh serta berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum pada Mei lalu.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengemukakan saman malu kepada pihak berkenaan kerana melakukan fitnah dan mengganggu proses pilihan raya.

Menurutnya, SPR berhak mengambil tindakan tegas berikutan mereka merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar.

“Kita tidak mahu masyarakat mengatakan SPR tidak tegas dalam menjalankan tugas.




“Malah kita juga khuatir jika elemen fitnah itu tidak dibersihkan dengan segera, penipuan itu akan berlarutan dengan membabitkan pilihan raya akan datang dan kemungkinan pembangkang boleh melakukan perkara yang lebih buruk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan tembelang penipuan pembangkang mengenai pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila diakui tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas.

Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa dan bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud isu yang dikatakan oleh pihak pembangkang.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kerajaan perlu menyiasat perkara tersebut dengan secara terperinci.




Jelas Abu Bakar, jika benar mereka melakukan penipuan dan diakui sendiri oleh pemimpin DAP dan Pas, maka kenyataan mereka boleh dijadikan bahan bukti dan dibawa ke mahkamah untuk diambil tindakan.

“Tindakan mereka ini boleh diibaratkan seperti api yang jika tidak dipadamkan dan dibiarkan membesar, boleh mengancam keselamatan.

“Jika mahu berpolitik dan memperoleh kemenangan, jangan mengamalkan fitnah yang boleh merosakkan pemikiran rakyat," katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap kerajaan segera mengambil tindakan kerana secara tidak langsung dapat membantu memberi maklumat kepada rakyat bahawa kerajaan tidak melakukan perkara tersebut dan mereka boleh membuat penilaian sendiri.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top