Nuffnang

KETUA PEMUDA : Blogger Cabar KJ, Saingan Bakal 3 Penjuru?



Ada lagi? Hmm...sape gerangan blogger yang mungkin akan mencabar jawatan Ketua Pemuda Umno semasa pencalonan Sabtu ini. Dah cukup bersedia jiwa, mental dan pulus ke bro?


Razman Hakimi Abdullah, merupakan seorang blogger dan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian hari ini berkata beliau akan menyertai pertandingan itu sekiranya pencabar Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah tidak meneruskan hasratnya untuk menentang penyandang Khairy Jamaluddin bagi jawatan itu.

"Saya tunggu Akhramsyah membuat pengumuman dulu. Jika beliau tidak bertanding, Insya-Allah saya akan mengumumkan hasrat dan niat saya melalui Facebook dan laman sosial.

"Saya perlu tunggu dia kerana dia adalah senior dan saya hormat kepadanya. Lagipun kami mempunyai prinsip perjuangan yang sama di dalam Pemuda. Jika dia bertanding, saya akan membantu kempennya di akar umbi," kata Razman kepada Bernama.

Razman pernah mengganggotai Unit Media Pemuda UMNO Malaysia ketika pilihan raya kecil Manek Urai pada 2009.

Jawatan ketua pemuda sebelum ini seolah-olah lesu tanpa pertandingan kini menjadi hangat apabila anak bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dilapor menawarkan diri Sabtu lepas.

Akhramsyah mengesahkan untuk bertanding melalui blognya, http://www.thoughtsintangents.blogspot.com.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Akhramsyah anggota Umno Cawangan Bendang Baru, bahagian Langkawi itu berkata pengumuman rasmi mengenai niatnya itu akan dibuat dalam masa sehari dua lagi.

Beliau berkata persediaan rapi perlu dibuat dari segi mental dan fizikal sebelum boleh mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman rasmi itu.

Khairy ketika diminta mengulas niat pencabarnya itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

Tumpuan dan fakta lanjut mengenai pertandingan dua atau tiga penjuru ini hanya boleh diketahui jika kesemua calon telah mengambil dan menyerahkan borang pencalonan.

Borang-borang itu boleh didapati mulai Sabtu lepas, di kaunter yang dibuka di Aras 4 Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), atau pejabat bahagian masing-masing sehingga Jumaat ini, sebelum tarikh untuk menyerahkan borang pendaftaran calon pada Sabtu ini.

Sebelum ini, tiada anggota Umno yang dilaporkan akan mencabar Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, sebagai ketua Pemuda yang disandangnya sejak 2009.

Pada pemilihan parti 2009, Khairy memperoleh 304 undi dengan mengalahkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (232 undi).

Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini.

-Bernama
Share this article

2 Komen:

  1. bagus ada juga yang berani mencabar KJ !!!!

    BalasPadam
  2. berani menipu pun malang sangat bunyinya! memalukan! memalukan UMNO! & integriti aku sbg pemuda!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top