Nuffnang

NAIB PRESIDEN : Musa Berkorban, Mukhriz Umum Jumaat?



Apakah satu perangkap atau memang itulah kehendak akar umbi. Majoriti bancian samada atas talian atau bersemuka memberikan hasil bahawa Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir berada di landasan yang tepat untuk memenangi kerusi Naib presiden Umno.



Bagaimanapun Mukhriz ketika ini masih berteka-teki.

Berbeza pula dengan Ketua Menteri Sabah. Walaupun desas-desus mengatakan beliau akan bertanding ke kerusi tersebut, namun ia tidak menjadi kenyataan. BUKAN semua orang mempunyai fikiran terbuka dan berterus terang seperti Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Ahli parti tahu keanggotaan UMNO terbesar datangnya dari Sabah - kira-kira 487,447 orang daripada keseluruhan 3,297,358 ahli di seluruh negara.

Dengan kedudukannya selaku ‘orang kuat’ Sabah yang turut menyumbang ‘deposit tetap’ kerusi Parlimen negeri kepada BN dalam pilihan raya umum Mei lalu, Musa boleh mencipta nama, mencuba nasib ke jawatan Naib Presiden. Tetapi ini tidak dilakukannya, hatta ke Majlis Tertinggi (MT) sekalipun.

“Saya fikir dah baik dah keputusan Musa. Nampaknya orang Sabah sudah nampak sudah cukup baik ada wakil mereka di jawatan Naib Presiden itu (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal).

“Dan bagi saya, Musa tidak bersikap tamak. Kalau dua wakil dari Sabah ke Naib Presiden, undi akan berpecah belah, akhirnya kedua-dua melepas," kata pemerhati politik, Prof. Dr. Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada penulis semalam.

Di sebalik ‘pengunduran’ Musa, Jayum yang cukup maklum akan politik Sabah dan Sarawak berpendapat, persaingan ke Naib Presiden perlu diisi oleh orang muda. Contohnya, kata Jayum, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

“Meskipun pengalamannya agak singkat, dalam dua tiga tahun ini tidak begitu menonjol namun ini semua kita serahkan kepada perwakilan nanti.

“Lagipun yang ada pun taklah sehebat mana dan beliau (Mukhriz) tidak terbelakang sangat. Orang baharu, dengan idea baharu, inilah yang mungkin boleh ditimbangkan," kata beliau.

Bagi seorang lagi pemerhati, Dr. Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Musa barangkali sedar kedudukannya sebagai pemimpin negeri tidak mempunyai pengaruh cukup kuat dan popular di peringkat nasional.

“Malah, saya fikir Musa perlu beri perhatian pada dasar yang digagaskan bagi Sabah yang masih merupakan negeri yang termiskin," katanya.

Diajukan mengenai kemungkinan persaingan Mukhriz ke jawatan Naib Presiden, Jeniri berkata:

“Saya fikir Mukhriz masih muda dan ada banyak masa lagi. Adalah lebih baik beliau tumpukan kepada Kedah untuk mantapkan lagi UMNO negeri," katanya.

- UTUSAN
Share this article

1 Komen:

  1. Safie Adfal adalah pemimpin yang GAGAL. kementeriannya penuh dengan perompak...dia sendiri pun sudah banyak dosa dalam kabinet, belum dikira dengan yang dikatakan hubungan dengan pelakon Zahida Rafik sehingga wang beratus ribu dicuri...

    Aku fikir sudah-sudahlah mundu, kau pulang sj ka Sabah, biar org Sabah yang lebih bagus sj bertanding...orang-orang kau yang merompak tu ada yang mau bertanding MT jugak...wang sudah banyak...kroni kepada kroni kau pun sudah kaya sangat tu...sudah-sudah la Mondu...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top