Nuffnang

NAZRI AZIZ : Chin Peng Sama Dengan Osama Laden!!



Satu lagi kenyataan berani dan lantang dari Nazri Aziz. Kali ini pasti ramai yang akan setuju dan sokong beliau.

Mempertahankan langkah kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan hari ini mengaitkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dengan Osama bin Laden.



Datuk Seri Nazri Aziz (kiri) berkata, selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menembak mati pemimpin jaringan al-Qaeda itu, mayatnya kemudian dikebumikan di laut.

Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan Malaysia itu bukan sesuatu yang luar biasa.

"Saya tidak fikir kita patut minta maaf kepada sesiapa kerana kamu tahu, Osama juga dianggap pengganas, apa yang Presiden (Barack) Obama lakukan?

"Mayatnya hilang dan tidak dibawa balik ke Arab Saudi, AS atau ke mana-mana, ia dihumban ke laut.

"Apa yang kita lakukan bukan sesuatu yang luar biasa, ada alasan di sebaliknya. Dan rakyat Amerika serta orang yang menderita (akibat serangan 911) tidak membantah.

" Osama bin Laden... kamu beritahu saya, di mana mayatnya sekarang?" kata Nazri kepada pemberita ketika merasmikan sebuah pesta seni di Kuala Lumpur hari ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top