Nuffnang

TAKDIR : Budak "Bodoh" Bakal Bergelar Doktor!!



Tong dan isterinya Chan Pei Fun, 35, memberikan kata-kata semangat kepada Chi Sheuan yang bekerja di gerai mee supnya di Butterworth.


BUTTERWORTH: Remaja lelaki ini baru berusia 13 tahun namun dia terpaksa bekerja sebagai penjual mee sup bagi membantu menyara keluarganya.

Budak lelaki ini pernah dipanggil ‘bodoh’ gara-gara tidak gagal menggapai impian bergelar seorang doktor.


Hari ini, selepas tujuh tahun Chin Chi Sheuan bekerja di gerai menjual mee milik Tong Kok Hwa di Chai Leng Park dia bakal terbang ke Taiwan untuk menyambung pengajiannya di Universiti Perubatan Chung Shan, Taiwan bagi memenuhi impiannya selama ini.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk Chi Sheuan yang terpaksa melalui pelbagai rintangan termasuk kehilangan datuknya, membahagikan masa di sekolah dan bekerja di gerai, melayan pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam serta menyimpan duit bagi membiayai pengajiannya dalam kursus perubatan.

Tong, 41, sangat bersimpati dengan budak lelaki yang dianggap seperti anaknya sendiri.

Justeru, peniaga gerai itu memulakan kutipan derma dengan setiap ringgit yang dikutip daripada pelanggannya pada 15 September ini akan diberikan kepada Chi Sheuan bagi merealisasikan impiannya bergelar seorang doktor.

Seorang pelanggan yang sangat prihatin dengan kepayahan yang ditanggung oleh budak lelaki itu menderma RM18,000 bagi sepinggan mee.

Akhirnya, Tong berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,000 untuk Chi Sheuan.

Nyata Chi Sheuan, tersentuh dengan sikap dermawan yang ditunjukkan oleh pelanggan di gerai mee Tong, menyifatkannya sebagai satu keajaiban.

“Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan, betapa gembiranya saya dengan semua ini.”

Tong berkata kali pertama dia bertemu dengan Chi Sheuan, dia mahu berhenti sekolah dan menjual mee di gerai.

“Saya kata padanya, jika kamu mahu kamu boleh bekerja dengan saya, tetapi kamu perlu teruskan belajar dan jangan berhenti sekolah,” kata Tong.

Chi Sheuan, kembali mengingati memori beberapa tahun lalu apabila seorang pelanggan menggelarnya ‘bodoh’ hanya kerana dia tidak sengaja menumpahkan semangkuk mee sup ke atas badan pelanggannya.

“Ia sangat menyakitkan namun ia menjadi kekuatan kepada saya untuk belajar bersungguh demi mengejar cita-cita untuk bergelar seorang doktor.

“Dalam erti kata lain, hinaan yang dilemparkan kepada saya menjadi perangsang untuk saya berusha dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang kehilangan datuknya kerana penyakit kanser menguatkan lagi keazamannya untuk menjadi seorang doktor.

Chi Sheuan berkata dia seirng ketinggalan dalam semua mata pelajaran dan bukan mudah untuknya kembali mengejar kembali pelajarannya yang tertinggal.

“Saya perlu mendisiplinkan diri saya sendiri dan membahagikan masa antara belajar dan bekerja di gerai menjual mee.

“Kerja keras saya terbayar apabila saya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 dalam peperiksaan STPM dan saya ditawarkan tempat di universiti,” katanya.

 - SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. bagus ler cam ni..hrpx2 belia kita pun cam budak cina nie..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top