Nuffnang

7,531 Bilik Gerakan (PDM) Mula Beroperasi Seluruh Negara

Sebanyak 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di 222 kawasan parlimen seluruh negara mula beroperasi hari ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata setiap PDM itu perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya.

"Paling penting mereka melakukan semakan terhadap daftar pengundi terkini dan mengenalpasti pengundi berkenaan sama ada putih, kelabu atau hitam atau pengundi luar,"  katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan mesra penerangan ke PDM Kampung Morten, Melaka hari ini.

Beliau berkata PDM untuk pilihan raya umum ke-13 dibuka lebih awal, berbeza sebelum ini apabila ia hanya dibuka selepas pembubaran Dewan Rakyat.  

Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata semua PDM BN mesti dihias dengan bendera BN dan terpulang kepada ketua PDM untuk menentukan waktu operasi sama ada perlu menjangkau sehingga malam.

Beliau berkata bilik gerakan PDM boleh meneruskan pelaksanaan kerja-kerja jalinan rakyat dengan melakukan ceramah kecil-kecilan secara berkelompok, mengadakan lawatan ke rumah-rumah dan aktiviti-aktiviti tertentu.


Ditanya sama ada tindakan akan diambil jika ada PDM yang tidak dibuka, beliau berkata: "Kerja-kerja parti ini secara sukarela, kita memujuk dan mengarah dan saya pasti arahan untuk membuka PDM akan dipatuhi".


    

Bernama


BB : Harap Peristiwa Baru-Baru Ini Di Johor Tidak Berlaku.....Perjuangan Parti Diutamakan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top