Nuffnang

Kemenangan Kedua Harimau Muda A di Australia


30 Jan -- Pasukan Harimau Muda A mencatatkan kemenangan kedua dalam Jelajah Australia 2013 apabila mengalahkan kelab Liga Perdana Australia (A-League), Brisbane Lions SC, 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland, Australia, Rabu.

Skuad Ong Kim Swee bermula dengan aksi agresif sebelum penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan menjaringkan gol pembukaan seawal minit ketiga sebelum pasukan lawan menyamakan kedudukan pada minit ke-14.

Rozaimi Abdul Rahman memastikan kemenangan kedua skuad negara dengan gol kemenangan pada minit ke-39.

Sabtu lepas, skuad Harimau Muda A memulakan siri perlawanan persahabatan dengan menumpaskan Palm Beach Sharks, sebuah pasukan A-League, 5-1.

Pasukan bawah 23 tahun kebangsaan itu yang dalam rangka persiapan untuk mempertahanankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini akan menamatkan aksi persahabatan menentang juara Liga-A musim 2011/2012, Brisbane Roar, pada 5 Feb ini.

Selepas aksi persahabatan di Australia, skuad Harimau Muda A dijangka mengadakan latihan selama lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga Ogos, dan dijadual mengadakan 15 perlawanan persahabatan.

Sekembalinya dari Slovakia, pasukan berkenaan dijangka menyertai Pesta bola Merdeka dan Piala Thanh Nien (Newspaper Cup) di Vietnam.

-- BERNAMA


Tahniah!!! Teruskan Perjuangan Mengangkat Martabat Mutu Bola Sepak Negara
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top