Nuffnang

Peluang Lanjut Pelajaran Dengan Kelayakan Minima Di Kolej Komuniti


Satu lagi inisiatif kerajaan dalam memastikan rakyat khususnya generasi muda bagi memperolehi peluang pendidikan dan memperbaiki diri.


Kerajaan akan memperkenal pendekatan baharu bagi meningkatkan penyertaan masyarakat menimba ilmu pengetahuan termasuk memberi peluang kepada mereka yang mendapat kelulusan minimum satu kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha itu termasuk memendekkan tempoh pengajian untuk Sijil Kolej Komuniti (SKK) Terusan atau Jangka Panjang dari 24 bulan kepada minimum 16 bulan, selain jumlah sijil yang ditawarkan juga ditambah daripada empat pada tahun lalu kepada 11 pada tahun ini.

"Selain Sijil Kolej Komuniti Terusan dan Modular, Sijil Kolej Komuniti Kemahiran Khas turut dilaksanakan khusus kepada pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti pekak dan bisu.

"Jika sebelum ini hanya Kolej Komuniti Selayang menawarkan Sijil Kemahiran Khas dalam bidang perkhidmatan perhotelan, pada tahun 2013 lima buah Kolej Komuniti lagi akan terlibat menawarkan Sijil Kemahiran Khas ini dalam bidang-bidang seperti teknologi maklumat, fotografi, fesyen dan pakaian, pemprosesan makanan dan pastri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Amanat Tahun Baru Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Selasa.


-- BERNAMA


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top