Nuffnang

KDN Mansuhkan Pengharaman HINDRAF


KUALA LUMPUR, 27 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk menarik semula pengharaman Hindu Rights Action Force (HINDRAF) sebagaimana yang dikuatkuasakan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 semalam.


Salah seorang Pemimpin HINDRAF P Waythamoorthy berkata, keputusan tersebut telah disahkan pihak  Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebelum diluluskan pihak Kementerian berkenaan.

"Surat ini menjelaskan Menteri Dalam Negeri telah dimaklumkan berkenaan keputusan penarikan semula setelah menimbangkan semula rayuanuntuk membatalkan Perintah Seksyen 5 bertarikh 14 Oktober 2008 yang mengatakan HINDRAF sebagai kumpulan yang berbahaya," katanya dalam satu kenyataan yang telah disertakan bersama salinan surat kepada pemberita menerusi email lewat petang semalam.

Keputusan ini dijangka mendapat maklumbalas positif dari penyokong HINDRAF menjelang Sambutan perayaan Thaipusam tidak lama lagi.

Untuk rekod, HINDRAF mula diharamkan berikutan tindakan menganjurkan satu perhimpunan tanpa permit pada 25  Nov. 2007 dan disertai 30 NGO yang lain.

Ianya dianjurkan bagi menyerahkan memorandum 18 perkara kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan seterusnya kepada Ratu Elizabeth II keran tidak berpuas hati dengan ketidakadilan masyarakat Hindu di Negara ini sejak penjajahan British sehingga mencapai kemerdekaan pada hari ini. Foto : Hindu World Vision


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top