Browse » Home » » Semakan Permohonan SPA 8 dan Keputusan 2013
Semakan Permohonan SPA 8 dan Keputusan 2013
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini telah menyiarkan iklan jawatan kosong sepanjang masa di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA Malaysia) bagi memudahkan pemohon membuat semakan status permohonan mereka.
Perkhidmatan ini membolehkan pemohon menyemak status SPA 8 Malaysia bagi mendapatkan maklumat serta perkara lain berkaitan dengannya dan memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang dimiliki.
Sebenarnya, Permohonan SPA 8 Malaysia boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain itu, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my diBorang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) atau melalui laman Jobsmalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my
Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan ‘Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan).
Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai perkhidmatan awam adalah seperti Elaun Perumahan, Cost of Living Allowance (COLA), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....