Ketegasan
dalam isu akidah yang dibawa oleh Pas di awal era kepimpinan ulama,
amat memberi kesan pada ahli. Ketaksuban pada parti dan pimpinan waktu
itu, bukan lagi lakonan. Sehingga lahirnya mujahid – mujahid yang
sanggup berkorban nyawa seperti dalam peristiwa Lubuk Merbau, tragedi
Memali, isu perobohan Institut Berakah di Kuala Terengganu dan rampasan
tapak muasasah di Kedah.
Semua ini berlaku kerana tebalnya sifat kasih sayang ahli terhadap parti dan pimpinan.
Ahli – ahli Pas sanggup lakukan apa sahaja dengan hasrat ingin
melihat Pas memerintah Negara ini, menggantikan pemerintahan sekular
yang dibawa oleh Umno. Pendek kata, mereka sanggup mati kerana Pas.
Hendak lihat Pas menang besar kerana mahu sama ada Ustaz Fadzil atau Hj.
Hadi menjadi PM.
Mereka yakin jika mati berjuang dalam Pas, akan dapat syahid, Walau
mati jatuh pokok ketika memasang bendera Pas sekali pun. Apa lagi bila
difatwakan oleh sesetengah ulama Pas bahawa undi Pas itu boleh masuk
syurga. Jika masih bertolak ansur dengan Umno, selagi itulah ruang ke
syurga masih tertutup.
Inilah yang ahli Pas faham dan difahamkan semasa awal kepimpinan
ulama. Dengan kefahaman inilah sebahagian besar ahli Pas yang terdiri
daripada penjawat kerajaan sanggup meninggalkan jawatan. Jawatan itu
dianggap sebagai penghalang perjuangan dalam parti. Masing – masing
dengan ikhlas berkorban mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang syumul
atau sempurna.
Seringkali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah
Negara pada jam 12 tengah malam, maka undang – undang Islam akan
terlaksana pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang – undang
Lord Reid.
Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat
hukum hudud itu terlaksana. Selagi hudud tidak terlaksana, ertinya
perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makanan tidak bergaram, minuman tak
bergula.
Pemimpin Pas juga mengatakan bahawa Umno gagal melaksanakan hudud
kerana takut kepada orang bukan Islam. Umno dikatakan bimbang hilang
undi masyarakat bukan Islam. Pemimpin Pas juga tidak menerima alasan
dari mantan PM Malaysia sejak Tunku Abd Rahman hingga Tun Dr. Mahathir,
yang mereka sukar laksana hudud sebab Malaysia Negara majmuk.
Hujah PM ini ditolak dengan alasan bahawa ketika Kota Madinah di
perintah oleh nabi dulu pun, masyarakatnya majmuk. Selain Islam ada
Yahudi dan Kristian. Tetapi tidak melantik orang – orang kafir ini
sebagai pemimpin kerajaan Islam.
Alasan PM ketika itu dianggap sebagai takut kepada manusia, bukannya
takut pada Allah. Lalu akidah PM dan ahli Umno disebut sebagai tidak
betul. Atas alasan ini, mengundi Umno adalah haram.
Juga dijanjikan bila Pas berkuasa pemimpin – pemimpin kerajaan Pas
sama ada PM, MB, KM, Exco dan pegawai kanan kerajaan, akan hidup secara
sederhana. Tidak ada kereta mewah, rumah mewah, perabot mewah kalau
boleh biar duduk atas lantai sahaja.
Hingga ada yang kata kalau boleh mereka akan pergi ke pejabat dengan
basikal, kononnya nak ikut Negara cina. Mereka akan jadikan diri sebagai
hamba kepada rakyat bukannya menghambakan rakyat. Pemerintahan Khalifah
Umar Abdul Aziz akan dijadikan model. Kezuhudan Ayatullah Khomenei akan
dijadikan ikutan.
Sumber - Suara Generasi Baru
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....