Nuffnang

Hebat!!! Malaysia Negara Maju 2 Tahun Awal Dari Sasaran


Malaysia tidak perlu menunggu sehingga 2020 untuk diiktiraf sebagai Negara Maju, sebaliknya ia boleh dicapai menjelang 2018 berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik.

   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sehingga tahun lepas, negara telah mencapai KDNK antara 5.0 peratus hingga 5.3 peratus setiap tahun.
   
"Dulu, kita sasar pada 2020 baru boleh capai negara maju, tetapi hasil usaha kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN), kita berjaya mencapainya lebih awal.
   
"Selain itu, berdasarkan pertumbuhan KDNK setiap tahun yang baik, saya yakin kita boleh capai negara maju pada 2018. Pendapatan per kapita negara juga semakin meningkat setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
   
Sementara itu, Nor Mohamed, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, hanya kerajaan pimpinan BN mampu membawa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan ia terbukti sekarang ini.
   
Nor Mohamed berkata, BN merancang dengan visi dan misi agar negara berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan, terutama melibatkan pertumbuhan ekonomi negara demi kepentingan rakyat.
   
"Ia memang terbukti hanya BN mampu membawa perubahan kepada negara. Sebagai contoh, pada tahun 70'an, ramai rakyat kita miskin tegar, tetapi hasil usaha kerajaan, hanya sedikit sahaja yang masih miskin.
   
"Dulu, pembangkang kata mereka tiada kerajaan untuk buktikan mereka juga boleh membawa pembangunan, tetapi bila ada kerajaan negeri sekarang ini, masih gagal membawa perubahan dan itu memang terbukti mereka tidak  berjaya," katanya. Foto : Planet Travels Tours

- KL Pos
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top