Nuffnang

Mat Sabu Meroyan Bila Muhyiddin Jumpa Balu Pahlawan Negara


Ketika Mat Sabu menjelajah ke serata pelusuk bumi Malaysia untuk mengangkat Mat Indera sebagai pejuang negara, sekali lagi Muhyidin Yassin potong di tengah jalan. Bukan di Bukit Kepong, bukan juga di Baling, Kedah. Tapi kali ini di Kuching, Sarawak.
Satu pertemuan yang benar-benar menyentuh perasaan. Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan betapa tersentuhnya perasaan Datin Brawang Chunggat, balu wira negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudi meluangkan masa untuk menziarahi keluarganya di sini.
Muhyiddin yang mempunyai jadual ketat dalam rangka lawatan tiga harinya ke Sarawak, meluangkan kira-kira 20 minit di rumah Brawang di Kampung Sungai Apong Baru, Pending.
"Saya sungguh gembira dan amat bersyukur kerana beliau (Muhyiddin) sudi datang menziarahi keluarga saya untuk menawarkan bantuan serta memberi kata-kata semangat," katanya kepada pemberita selepas kunjungan Muhyiddin itu.
Kanang, wira kebanggaan negara yang merupakan satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), anugerah tertinggi dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan dan pingat Panglima Gagah Berani (PG), kerana keberaniannya terutama dalam menentang komunis, meninggal dunia pada 3 Januari lalu dipercayai akibat sakit jantung.
Beliau berusia 68 tahun.
Brawang berkata, Muhyiddin mendengar dengan teliti permohonannya untuk mendapatkan bantuan kerajaan, termasuk sebuah rumah dan elaun bulanan bagi menyara keluarganya dan Muhyiddin berjanji perkara itu akan diteliti pihak berkuasa berkenaan.
Kepada Datin Brawang, seluruh rakyat Malaysia sentiasa di belakangmu. Sesungguhnya, pengorbanan dan perjuangan Kanang akan terpahat dalam lipatan sejarah sebagai Pejuang Kemerdekaan yang disanjung tinggi.
Dan yang pasti, kami akan pastikan Mat Sabu tidak menukar sejarah ini demi perjuangan sempit parti yang semakin tidak relevan walaupun bagi orang Islam di Malaysia.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top