Nuffnang

USTAZ KE MACAM NI? Polis Trafik Digelar Bodoh!!!


Zaman sekarang ni penceramah bukannya boleh dipercayai seratus peratus. Bukannya semua penceramah ni tak betul, tapi ada sesetengahnya yang terlalu merapu isi kandungan yang disampaikan. Kadang-kadang tu terpesong terus dari topik asal.

Seorang penceramah agama ini melepaskan marahnya kepada anggota polis trafik sehingga menghemburkan kata-kata yang kurang enak didengari. Ehhhhh, itu ceramah agama atau ceramah memaki hamun pihak polis?? Hairan!

Tidak pasti tarikh dan masa ceramah ini disampaikan, tetapi jelas kedengaran rasa tidak puas hati penceramah tersebut kepada polis trafik yang melakukan tugasan. Marah sangat ni kenapa?? Penceramah ni bengang atas tindakan polis trafik yang menjalankan tugas bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang ditetapkan.

Ehhh, itu kan memang kerja dorang bagi membendung salah laku pengguna jalan raya. Kenapa nak kecoh sangat? Penceramah tersebut siap menggelarkan anggota polis trafik yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.
“… (buat) ‘road-block’ polis tak sembahyang, bodohnya punya polis… kadang hari Jumaat buat ‘speed-track’ bodohnya punya polis trafik.
“Semalam aku nak datang sini ceramah, di lebuhraya polis trafik punya bodoh dia pergi ambil ‘speed-track'” katanya ketika menyampaikan kuliah agama tersebut” katanya.
Ehhhh, mana tahu yang polis trafik tu tak solat?? Ker si penceramah tu tak solat sekali, sebab tu dia tahu yang polis trafik tu tak solat Jumaat. Entah-entah masa polis trafik tu buat kerja dia lari sekejap pergi solat Jumaat, lepas tu sambung balik buat kerja mana tahu kan. Tak pasal-pasal dah tabur fitnah.

Penceramah apa macam tu?? Dorang tu suci bersih murni sangat ke yang suka-suka hati caci maki kerja orang? Siap sifatkan gaji yang diperolehi oleh polis trafik tersebut haram hanya disebabkan tak pergi solat Jumaat. Habis gaji dorang halal ke, sebab bagi ceramah mengutuk pekerjaan orang lain??
“Hari Jumaat engkau (polis) boleh jaga negara, cuti daripada sembahyang sekiranya ada rusuhan atau ada bab yang menggangu ketenteraman negara.
“Tapi kalau saja-saja nak ambil ‘speed-track, nak buat road-block yang tak ada unsur atau bersangkutan dengan undang-undang, maka haram gaji pada hari itu..,faham (macam mana) nak bagi makan pada anak bini… sebab itu anak-bini (polis trafik) tak boleh jadi orang alim dan soleh kerana unsur yang masuk (dalam badan) dari duit haram,” katanya lagi dengan nada yang marah.
Eshhhh.. Eshhhh.. Eshhhhh, macam dia pula Tuhan.., suka-suka hati jatuh hukum orang itu tidak alim. Mana tahu dia solat tak pernah tinggal, dan tak kutuk orang macam penceramah agama ni. Bagi Gomez ini bukan ceramah agama yang sepatutnya.

Kalau dulu nama je ceramah agama mesti pasal hukum hakam agama je, tak pernah sangkut langsung pasal isu negara atau politik. Tapi penceramah sekarang semua dicampur adukkan. Siap isu politik dimasukkan dalam ceramah agama lagi. Nauzubillah! - UtaraNews.com

Untuk tonton video : KLIK SINI
Share this article

2 Komen:

  1. Saya anak anggota polis. Saya rasa apa diluahkan Penceramah ni mengelirukan. Sila buat kritikan membina bukan kondem.

    “Hari Jumaat engkau (polis) boleh jaga negara, cuti daripada sembahyang sekiranya ada rusuhan atau ada bab yang menggangu ketenteraman negara.
    “Tapi kalau saja-saja nak ambil ‘speed-track, nak buat road-block yang tak ada unsur atau bersangkutan dengan undang-undang, maka haram gaji pada hari itu..,faham (macam mana) nak bagi makan pada anak bini… sebab itu anak-bini (polis trafik) tak boleh jadi orang alim dan soleh kerana unsur yang masuk (dalam badan) dari duit haram,” katanya lagi dengan nada yang marah.

    Pencuri bolehlah bermaharaja lela hari jumaat. Kemalangan boleh berlaku dengan tiada pantauan pada hari Jumaat.

    Saya bukan orang yang alim seperti Penceramah tetapi sekurang kurang perlu lah di lihat dari segi keselamatan dan kesejahteraan Negara dari sudut yang lebih mendalam. Pengorbanan anggota Polis samada dia trafik, PGA, FRU atau sebagainya dalam menjaga Negara jarang kita hargai.

    Saya mohon maaf andai ada kesilapan dalam menulis kenyataan diatas, namun saya rasa perlu di rujuk pada yang arif dalam bab agama apabila anggota Keselamatan menjalankan tugas pada hari Jumaat.

    Harap ada yang lebih ariff dalam menjelaskan supaya orang tidak keliru. Sebagai anak anggota sedikit sebanyak terguris hati ini apabila kenyataan yang dibuat oleh penceramah.

    BalasPadam
  2. Girlfriend saya yg Chun tu anak polis..mengarutlah ustaz tu hina polis...itu bukan ustaz..itu shaiton

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top