Nuffnang

SIDANG MEDIA : Mukhriz Sah Lepas Jawatan Berkuatkuasa Serta Merta!


Akhirnya teka-teki rakyat Kedah mengenai kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar terjawab selepas krisis kepimpinan di negeri itu berlarutan selama dua minggu.

Pengumuman rasmi berkenaan isu perlantikan Menteri Besar Kedah Darul Aman telah di adakan pada jam di Bilik Gerakan Aras 4 Blok B Wisma Darul Aman.

Mukhriz dalam sidang media itu telah mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta.


“Saya mengambil keputusan untuk lepaskan jawatan sebagai MB Kedah berkuatkuasa serta merta dan saya berikrar lafaz setia pada istana kedah dan lafaz khidmat untuk rakyat Kedah”katanya.

Katanya tiada sebarang alasan munasabah terhadap tindakan anggota gerakan tersebut kerana rata-rata rakyat menerima baik menerima baik pentadbirannya namun mendakwa kemelut ini berlaku kerana tindakannya yang lantang menyuarakan kepincangan 1MDB dan penyelewengan wang rakyat.

“Tiada alasan munasabah oleh anggota gerakan tersebut kerana rata-rata rakyat terima baik demi kesejateraan rakyat kedah.

“Sesungguhnya tindakan ini diambil kerana suara dan kritikan saya berhubung isu yang saya suarakan contohnya 1mdb dan penyelewangan wang rakyat”katanya lagi.


Katanya lagi dengan nada sinis, beliau mahu agar MB Kedah yang baharu agar tidak ‘terlena’ lagi.
“mula saya harapkan Datuk Bashah masa angkat sumpah nanti tidak ‘terlena.”
Beliau yang mengetahui bahawa telah kehilangan majoriti undi dalam ADUN ketika perjumpaa sulit dengan Jemaah Pemangku Kedah berkata tindakan ini dilakukan kerana bagi menutup suaranya dalam isu rakyat.
“Saya dimaklumkan saya telah kehilangan majoriti dalam DUN kedah ketika perjumpaan sulit depan Jemaah Kedah dari ahli BN dan pembangkang kerana perkara ini perlu dilakukan bagi menutup suara saya dalam isu rakyat”ujarnya lagi.
Katanya lagi, beliau masih akan setia dengan UMNO namun berharap parti itu akan melalui perubahan yang drastik.
“Saya akan setia dengan umno dan dalam masa sama saya harapkan umno boleh lalui satu gerakan yang drastik saya serahkan pada rakyat untukk menilai.. ramai nyatakan berpuas hati dengan inisiatif yg kami ambil.”
Dalam pada itu, beliau tidak akan meninggalkan DUN Ayer Itam kerana mereka adalah penyokong beliau.
“Saya tak akan tiggalkan DUN ayer itam kerana merekalah penyokong saya” ujarnya.
Selain jawatan MB Kedah, beliau juga turut melepaskan jawatan KFA.

Dalam pada itu, Majlis angkat sumpah MB Kedah yang baru akan dilangsungkan pada esok.

Keputusan ini dibuat susulan daripada Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang telah membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar sehingga lewat malam semalam selepas bertemu dengan Adun pembangkang pada petang Selasa.

Sumber yang sangat rapat memberitahu bahawa Mukhriz telah diserahkan dengan surat peletakan jawatan yang disediakan untuknya sejurus selepas pukul 6 petang.

Percubaan ketiga untuk menyuruh beliau menandatangani surat tersebut dibuat selepas tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkumpul dalam satu perbincangan tertutup di kalangan mereka di Wisma Darul Aman.

Selepas itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu dengan Mukhriz berhubung surat peletakan jawatan itu.
Share this article

5 Komen:

  1. Puaslah hati Bashah Boboi dan kuncu-kuncu, dapat khianat terhadap Y.A.B. Datuk Seri Mukhriz.

    Kepada ADUN-ADUN Kedah yang khianat terhadap Datuk Seri Mukhriz, korang tunggulah PRU 14 rakyat akan ajar korang, kalau korang bertanding, bersiap sedialah untuk kalah, orang akan ingat pengkhianatan korang ni.

    Kepada Datuk Seri Mukhriz, steady Datuk Seri, mereka pakat-pakat ainaya Datuk Seri sekarang ini, nanti ahli-ahli akar umbi UMNO di seluruh negara akan pakat-pakat untuk bantu dan pertahankan serta berkempen bermati-matian untuk menumbangkan Najib dan kuncu-kuncu dalam pemilihan UMNO kelak.

    Nanti pemilihan UMNO yang akan datang, teruskan bertanding dalam jawatan Naib Presiden.

    Presiden kita pakat sokong ramai-ramai Y.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Timbalan Presiden kita pakat sokong ramai-ramai Y.B. Datuk Seri Shafie Apdal, orang Sabah patut sokong Datuk Seri Shafie sebagai Timbalan Presiden supaya Sabah catat rekod sejarah ada Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah.

    Naib Presiden pula kita pakat-pakat sokong Datuk Seri Mukhriz, Datuk Dr. Zambry Kadir, dan lagi seorang lagi kena tengok cara perjuangan dia dahululah, sebab ramai sangat yang kini jadi balaci Najib kerana ditabur habuan, kena buat pilihan yang betul-betul berjuang untuk kepentingan A Ba Ta, Agama Bangsa Tanah Air.

    Y.B. Pak Tam dan Y.B. Datuk Suraya serta Y.B. Datuk Norsabrina, kita pakat-pakat sokong sebagai ahli MT.

    Kepada Y.A.B. Datuk Seri Mukhriz, Y.B. Pak Tam, Y.B. Datuk Suraya, Y.B. Datuk Norsabrina, sabarlah dalam menempuhi dugaan ini, insya Allah, insan yang jujur akan sentiasa dibantu oleh Allah Taala.

    Kepada pengkhianat sekelian yang diketuai oleh Najib, tunggulah hukuman dan pengajaran dari rakyat, korang takkan aman damai hidup hingga PRU 14.

    PRU 14, kalau calon di Kedah masih lagi balaci Najib, saya akan akan rosakkan kertas undi, biar padan muka puak-puak Najib tu. Ingat walaupun satu undi ia adalah penentu siapa yang menang atau yang kalah.

    Teruskan perjuangan, kebenaran pasti akan menang.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Datuk Seri Mukhriz orang yang berjiwa besar, beliau sanggup lepaskan jawatan kerana kepentingan negeri, bukannya macam Najib, jenis penyamun, berlagak kononnya berjiwa besar, tapi sanggup melingkupkan negara demi kepentingan peribadi.

    Beza benarlah petualang seperti Najib ini jika hendak dibandingkan dengan hero rakyat seperti Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Rakyat Kedah dah nekad, 'Tukar MB, Kami Kalih', PRU 14 Bashah Boboi buatlah yang lebih baik dari Datuk Seri Mukhriz, kalau prestasi Bashah Boboi lagi teruk dari Datuk Seri Mukhriz, maka bila BN tertiarap di Kedah, Bashah Boboi dan kuncu-kuncu dan terutama sekali Najib perlu dipertanggungjawabkan, mereka inilah punca segala kerosakkan yang berlaku kepada rakyat di negeri ini.

    Teruskan perjuangan Datuk Seri Mukhriz dan rakan-rakan yang setia, kalah sekali bukan bermakna kalah untuk selamanya, mungkin lepas ini akan menang dengan penuh bergaya.

    Saya suka ambil falsafah bola sepak Kedah, Kedah telah mara ke final Piala Malaysia 3 kali berturut-turut, 1987, 1988,1989, semuanya kalah kepada Kuala Lumpur, tetapi tahun 1990, Kedah berjaya juarai Piala Malaysia buat kali pertama dengan menumbangkan Singapura di Stadium Merdeka.

    Kepada Najib dan kuncu-kuncu, selagi ada kuasa bolehlah bertindak sesuka hati, bila kuasa dah tak ada, bukan setakat tidak dihormati oleh orang kelak, malahan akan korang semua akan dikenang sebagai pengkhianat bangsa dan tanah air, dasar petualang yang sultankan nafsu serakah.

    Kebenaran pasti menang.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. come to papa.. come to mummy.. huhuhu

      Padam
  4. Harap 'Bad'Shah ni masa angkat sumpah tak tidur dan tahu apa erti amanah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top