Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MENTERI BESAR : Siapa "Mat Bashah?"


Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan watak penting kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Ahmad Bashah, 66, yang dikenali sebagai pemimpin yang “low profile“, merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Kedah yang berjaya menyatukan pimpinan UMNO dan BN negeri serta menguatkan semula parti sehingga BN memperoleh 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2013.


Beliau merupakan antara pemimpin UMNO negeri yang paling kanan apabila menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.

Berakhirnya PRU-13, Ahmad Bashah membuktikan kesetiaan kepada parti apabila memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk menerajui tampuk kepimpinan kerajaan negeri.


Dalam pengumuman kabinet kerajaan Persekutuan selepas PRU13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ahmad Bashah sebagai Senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dua bulan selepas PRU13, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan kesetiaan beliau kepada parti apabila kali ini memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, dengan beliau turun pangkat sebagai timbalannya pula.


Dilahirkan pada 10 Okt 1950, beliau memegang pelbagai jawatan sepanjang pembabitannya dalam dunia politik lebih 40 tahun, antaranya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Bendahari UMNO negeri dan Bendahari BN negeri.

Selepas BN dan UMNO kalah pada PRU12 iaitu pada 2008, UMNO Kedah dirombak dan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mulai 24 April 2009 bagi membantu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Pengerusi.


Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN negeri pada 1 Jan 2011, manakala Mukhriz sebagai Timbalannya.

Selain berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau turut berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan apabila menjadi Exco selama dua penggal sejak 1999 dengan memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apabila tsunami politik melanda pada 2008 menyebabkan BN gagal untuk terus menguasai Kedah, Ahmad Bashah masih mempertahankan kerusi DUN Bakar Bata dengan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rohani Bakar dengan majoriti 358 undi.


Pada PRU13 yang lalu, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan pengundi masih percayakan beliau apabila menang dengan majoriti 895 undi mengatasi calon PKR Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa (Bersama) Jawahae Raja Abdul Wahid.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan dikurniakan empat puteri.


Sejak 20 Jan lepas, nama Ahmad Bashah menjadi sebutan ramai apabila mengetuai sebahagian besar Adun, anggota Parlimen dan ketua UMNO Bahagian di Kedah menzahirkan ketidakpercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. - Bernama
Share this article

4 Komen:

  1. Menang majoriti banyak tu pun buleh jadi MB noo...

    BalasPadam
  2. dasat dasat....harap angkat sumpah nanti jangan lena pulak almaklum la...kerja tidur jer dalam dewan

    BalasPadam
  3. Adakah seorg yg berkelulusan sangat rendah boleh mentadbir negeri dg lebih baik??

    BalasPadam
  4. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top