Rasanya kita semua maklum impak kenaikan harga minyak kepada ekonomi rakyat. Paling "terkesan" pastilah harga barangan dan perkhidmatan yang seperti tidak terkawal kenaikannya oleh para penjual, pemborong mahupun pengedar. Tanpa diminta, tanpa arahan sesiapa mereka menaikkan harga barangan dan perkhidmatan "sesuka mereka".
Ironinya, keadaan itu tidak pula berlaku apabila harga minyak mengalami penurunan sejak kebelakangan ini.
Mari kita ikuti kupasan daripada blog Parpukari berkenaan isu ini :
Alhamdulillah! Harga minyak di petrol pam sudah turun banyak sekali dari bulan Disember tahun lepas. malah harga petrol sekarang ni dah sama dengan harga tahun 2007! Banyak turun tu beb, so aku nak mintak peniaga semua yang menaikkan harga barang keperluan harian dengan alasan minyak naik dulu, supaya diturunkan semula ke harga asal dulu!
Sama jugak dengan pengangkutan awam, dulu mereka menjerit dan mintak dinaikkan segala macam tambang dan harga penghantaran barang juga wajib diturunkan semula. Sebab minyak DIESEL sekarang ni lebih murah dari mineral water 500ml la. Ini adalah hakikat bukan tipu. SPAD? Main losyen ke? Buat kerja dan pastikan mereka ni menurunkan semula harga mereka boleh tak?
Apa? Tak boleh? Sebab menurut pengikut satu mazhab ni, aku tak sebut la fahaman apa cuma aku pelik bilamana mereka ni telah menggunakan hadis nabi untuk meembodek kerajaan. Ya, mereka mengatakan SEMUA KENAIKAN HARGA BARANG ADALAH KETENTUAN ALLAH. Mereka quote hadis nabi untuk menyedapkan hati para pemimpin yang mereka puja!
Demi menjaga maruah sebab dia ni pun sahabat aku, maka aku tak tulis atau dedah siapa tuan punya badan yang meenulis ini. Dia quote hadis Nabi tanpa rujukan dari Imam mana, mungkin niat beliau baik tetapi bila kau petik tanpa hadis sepenuhnya, nampak macam dia ni cuba persenda Nabi Muhammad SAW.
Kenapa aku cakap macam tu? Sebab sebagai penulis tepi jalan dan bukan bertaraf yang boleh merawat orang sakit ni dan kebanyakan rakyat biasa akan nampak yang dia ni mempergunakan ayat Nabi sekerat untuk membodek pemimpin yang beliau pertahan. Aku menyokong PM tetapi aku tak perlu nak kerat hadis ikut suka aku untuk membuatkan orang makin mmbenci ok.
Kita tahu orang yang berpegang pada fahaman ini selalunya akan nampak macam mereka ni amat menyayangi Nabi Muhammad tetapi hakikatnya kita tahu mereka ni tidak menghormati nabi pun sebab mereka terlampau puja yang empunya fahaman tersebut. Taqiyah yang digunapakai Syiah, golongan ini juga mngguna pakai bila perlu.
So aku nak nasihatkan pada pakar-pakar yang selalu suka memperlekeh orang lain dengan menunjukkan kebijaksanaan yang terlampau ni, hati-hatilah kerana dalam keseronokan untuk mmpertahan dan menjadi kaki bodek ni kadang-kadang mungkin anda terlpas pandang akan perkara ini. Bukan niat aku tulis ni nak cari pasal tetapi sebagai sahabat aku masih tidak sebut nama dan tegur dengan cara baik.
Nak bagitau sahabat aku ni, jangan salahkan Allah mahupun Nabi kerana kenaikan barang ini, aku tau ada sahabat aku yang lain selalu cerita tentang kapitalis market yang suka mengejar keuntungan dari penderitaan orang lain. Ya memang benar, ianya wujud. Disinilah gunanya kelebihan kalimah GST yang amat dibenci dan ditakuti rakyat Malaysia.
Kenapa kerajaan melaksanakan GST? Aku terangkan dengan cara mudah tanpa perlu buat cerita complicated macam sorang mamat bebal yang bakar bendera dan dapat dato tu! Mudah saja, selain dari membantu kerajaan mendapat hasil. Sistm GST ini juga akan boleh buatkan kerajaan tahu berapa harga kos barangan yang dijual kepada orang ramai.
Dari kilang ke pengedar lepas tu peruncit dan pelanggan. Setiap peringkat mmbayar GST, cuma bezanya dari pengilang ke peruncit semua boleh claim semula GST mereka, hanya pengguna seperti kita tidak boleh claim GST semula. Ini semua orang tahu kan? - BACA LAGI DI SINI
BB : Siapakah yang perlu dipersalahkan? Kadang-kadang terasa pula keperluan untuk mewujudkan sistem "komunis" dengan peniaga-peniaga ni. Nak jual itulah harganya, kalau tak nak, tak payah jual. Boleh ke macam tu?
Cuma penulis amat pasti pasaran dalam negara kita sebenarnya telah "dikuasai" atau "dimonopoli" oleh orang-orang atau kumpulan tertentu sahaja. Merekalah sebenarnya yang telah "menguasai" sistem perniagaan di negara kita.
Dah sampai juga waktunya persatuan pengguna dan kita sendiri bersatu menggunakan "kuasa" yang kita ada untuk "mengajar" pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Perlu ada pihak tertentu menyusun gerakan bersepadu bagi memperbetulkan sistem ekonomi kita pada ketika ini.
Fikir-fikirkanlah....
Kenapa pondan laknat lapiji lamli bapok suruhan dapigs tak bagi komen tentang harga barabg yang tak diturunkan?
BalasPadam