Nuffnang

KEMELUT SELESAI : Sejarah Tun M Berulang Ke Atas Mukhriz #KedahBergolak


Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya akur untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Adun).

Menurut sumber SuaraTV yang rapat dengan pejabat Barisan Nasional (BN) Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang ditemui.

“Petang tadi ahli-ahli Jemaah (Pemangku Sultan Kedah) berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang dipanggil mengadap.

“Majoriti yang ditemui mengakui hilang kepercayaan dengan kepimpinan Mukhriz dan menegaskan kenyataan tersebut dibuat secara sukarela tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak” katanya yang enggan mendedahkan identiti kepada SuaraTV sebentar tadi.

Sumber tersebut turut menjelaskan Mukhriz telah memanggil semua para pegawainya untuk menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Ketika ini Mukhriz sedang mengadakan satu mesyuarat tertutup bersama para pegawainya di kediaman rasmi menteri besar di Sri Mentaloon untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Saya juga difahamkan Mukhriz akan mengadakan satu sidang media khas esok bagi mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya esok pada jam 10.00 pagi” ujarnya lagi.

Menurut sumber itu juga, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Abu Bakar Din dijangka akan membuat pengumuman rasmi berhubung nama yang telah diperkenan oleh Majlis Jemaah Diraja.

“Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengumumkan nama yang telah diperkenan oleh anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah sebagai menteri besar yang baharu esok pagi dalam satu sidang media khas.

“Saya juga difahamkan majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan pada sebelah pagi, hari Khamis di istana Anak Bukit” katanya lagi.

Sementara salah seorang pegawai kepada Mukhriz enggan mengulas lanjut namun tidak menafikan laporan tersebut.

“Kami tak nafikan namun buat masa ini enggan memberikan sebarang komen.

“Apa yang saya boleh katakan, kami sekarang dalam perjalanan menuju ke rumah Datuk Seri (Mukhriz) untuk memberikan sokongan moral terhadap beliau” katanya lagi.

Terdahulu Mukhriz turut membatalkan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya diadakan pada esok pagi.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar dalam satu kenyataan ringkas lewat malam tadi..

“Ditangguh,” katanya ketika dihubungi wartawan Bernama menerusi Whatsapp malam ini tanpa menyatakan sebarang sebab kenapa ia terpaksa ditangguhkan. 

- Suara.tv

DIPECAT, KELUAR UMNO ATAU PASRAH

Khabar angin bertiup kencang itu semakin kuat menjangkakan beliau akan disingkirkan keahlian parti, sekaligus menyaksikan beliau hilang jawatan sebagai Pengerusi UMNO Kedah dan bertukar menjadi Adun Bebas mewakili Dun Air Hitam.

Sekiranya beberapa Adun UMNO yang dikatakan bersekongkol dengan Mukhriz menderhaka kepada parti itu turut dipecat, maka mereka juga bakal menerima nasib yang sama bergelar Adun Bebas di Kedah.



Cuma, berkemungkinan besar nasib mereka baik jika berjaya membentuk kerajaan campuran dengan Adun-Adun pembangkang di negeri itu yang terdiri dari PAS dan Pakatan Harapan. Adun-Adun BN pula akan berpindah ke kerusi pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri.

Mungkin ada yang di kalangan penyokong Mukhriz yang akan mengamuk, marah-marah dan menyerang para pemimpin UMNO ketika itu kerana memecat ‘bos’ mereka dari parti, terutama di media-media sosial seperti Facebook dan blog.

Namun sekiranya mereka bertindak sedemikian, maka mereka terlebih dahulu perlu mengamuk, marah-marah dan menyerang bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir kerana itulah tindakan yang pernah beliau ambil ketika berkuasa selama 22 tahun. ‘Judicial precedent’ Mahathirlah yang digunakan untuk memecat Mukhriz.

Tidak perlulah terlalu risau dengan masa depan Mukhriz yang tersingkir dari UMNO. Sekiranya beliau bijak politik dan tidak mensia-siakan ‘aura’ yang diperoleh kerana ‘berbinkan’ Mahathir itu, tidak mustahil beliau akan menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri suatu hari nanti.

Lihat saja apa yang berlaku terhadap bapanya dulu. Mahathir dipecat dari UMNO dan naik ke pentas PAS untuk berpolitik. Namun bapa Dato’ Seri Najib Tun Razak kutip beliau, ‘timang’ dan gilap kebijaksanaan beliau berpolitik sehingga berjaya mendaki ke puncak tertinggi pentas politik negara.



Jadi, usahlah terlalu gundah-gulana. Jika ditakdirkan Allah, mungkin juga Mukhriz baka ditakdirkan menjadi Perdana Menteri PAS yang pertama dalam sejarah negara. Tiada siapa yang tahu dan dapat meramal masa depan dengan tepat, bukan?

Sekiranya Mukhriz dipecat, perlulah difahami bahawa proses tersebut adalah merupakan tindakan hukuman yang tradisinya diambil terhadap mereka yang melanggar disiplin dan amalan demokrasi yang diamalkan di dalam UMNO.

UMNO merupakan sebuah parti yang bagaikan sebuah keluarga yang sangat besar dan berpengaruh di negara ini. Mukhriz pula merupakan salah satu ‘MT lantikan’ di dalam parti dan berpeluang untuk bermesyuarat bersama ‘ketua keluarga’.

Najib pula merupakan seorang Presiden yang amat menghargai kritikan. Namun untuk mengkritik seorang ayah, maka lakukanlah ‘di dalam rumah’ supaya perkara yang kusut itu dapat dirungkai tanpa menjejaskan reputasi keluarga yang dipandang tinggi ‘orang kampung’.

Jika terpekik terlolong seluruh kampung menghentam ‘bapa sendiri’ tanpa usul periksa dan penjelasan yang sepatutnya, didengar pula oleh ‘Sarip Dol Samseng Kampung Dusun’, maka sampai satu negeri dia hebohkan pekung keluarga.

Jika pekung itu berasas dan tidak rahsia, tidak mengapalah. Tapi bagaimana jika ia fitnah dan plot jahat untuk memburukkan keluarga kita? Tahulah penulis bahawa bapa Mukhriz sering sibuk menguruskan negara hingga Mukhriz terpaksa diuruskan ibu. Tapi janganlah pengalaman itu dijadikan alasan untuk derhaka kepada ‘bapa’ di dalam keluarga UMNO pula.

Islam selain menekankan taat dan kewajipan berlaku baik pada ibu, ia juga mengajar supaya menghormati dan melayan bapa yang ‘membesarkan’ kita sehingga dewasa dengan baik. Belajarlah untuk menjadi seorang ‘anak’ yang baik di dalam keluarga parti. Jika enggan, elok berhenti berpolitik dan kembalilah ke dunia perniagaan… -MyKMU 
Share this article

13 Komen:

  1. Namun sekiranya mereka bertindak sedemikian, maka mereka terlebih dahulu perlu mengamuk, marah-marah dan menyerang bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir kerana itulah tindakan yang pernah beliau ambil ketika berkuasa selama 22 tahun. ‘Judicial precedent’ Mahathirlah yang digunakan untuk memecat Mukhriz.


    Sebagai seorang yang beragama Islam, adakah kita di ajar oleh Rosulullah untuk menyerang orang lain??? Tiadakah nasihat yang lebih baik dari itu? Qada dan Qadar Allah perlu di terima oleh semua orang. Kerana ia Rukun Iman yang wajib kita yakini...tetapi dalam bab akhlak tiada pula kita di ajar untuk menyerang satu sama lain. Kalau Tun buat mistake selipon tak kan kita tiada jalan untuk menasihati beliau. Kalau tiada....lain cerita.

    Berfikir sebelum jari sentuh keyboard. Kerana jari yang menaip juga akan menghumban kita ke api neraka...Fikir fikirkan lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bapa mukriz ajar mukriz kurang ajar dengan bapa orang lain.. so padan muka dia lah..
      ingt dunia ni semua milik bapak mukriz?
      hormat org lain..org hormat kita

      kalau bapak dia kaki fitnah.. anak boleh fikir..mukriz nak ikut juga..so terimalah padah..

      takpayahlah nk buat sentimen 'alim taik kucing'..!

      Padam
  2. Sabar kepada Dato Sri Mukhriz. Percaya pada qada dan qadar dari Allah. Perancangan Allah lebih sempurna dari mana mana MahklukNya.

    Dan ini salah satu titik tolak bagi pengundi atas pagar yang tidak mempunyai no ahli mana mana parti untuk memilih kerajaan akan datang. Tugas menjadi lebih mudah untuk memilih kerana rakyat sedar siapa pemimpin yang sebenar benarnya Ikhlas dalam perjuangan untuk masa hadapan negara ini

    BalasPadam
  3. AkuBenciPengkhianatFebruari 03, 2016 9:45 PG

    Mahathir dan juak2nya serang Najib dan Menteri2 yang berkerja untuk Kerajaan BN itu apa? Itu pahala berganda ke?
    Jangan buat2 bodoh lah mcm Madey ni suci murni
    Kalau tak suka diserang jangan menyerang org lain

    Aku lihat peringkat awal.. tahun pertama sekitar 2014 bila Mahadey serang Najib.. Najib banyak mengalah..diam tak jawab.. seolah2 tidak mahu kurang ajar dengan Mahathir..
    tp semakin diam semakin celaka Madey ni..lagi dia ganyang sakan.. isu berbelit2.. main sentimen fitnah di ulang siar oleh media2 pencacainya


    Kemudian sampai satu tahap mengugut dan menghasut ahli UMNO tumbangkan Najib..hanyan kerana Najib tak jawab. Satu persatu rakaman perbuatan celaka Mahadey ini jangan dinafikan

    Sehingga kemuncak bila TSMY mula terikut rentak Madey.. turun ke bawah hasut ahli2 bahagian2 supaya tumbangkan Najib terang2.. gila ke ape.. zaman Madey kalau buat macam tu nasibnya seperti Anwar lah.. UTK datang jemput kau tengah malam..


    So Mukriz masuk Kedah dengn cantasan madey terhadap team UMNO Kedah yang berhempas pulas buat kerja sebelum PRU13. Tiba2 masuk cantas kerja orang lain angkat anak dia.. lepas tu anak dia buat kepala.. sesuka hati.. tak peduli pasal UMNO..hanya tonjol dirinya depan media.. time takde media atau even dia cabut balik KL duduk rumah istananya di Bukit Tunku..

    berlagak macam lord..nak jadi MB cuci kaki..masa yang sama MAdey ajar anak dia jatuhkan Najib dan ajar UMNO Kedah buat benda yang sama.. memecahbelahkan UMNO Kedah..

    org2 lama dalam UMNO Kedah sayangkan parti..mereka tak sanggup lihat kehancuran yang salam berlaku di Kedah. Makin melampau Mukriz diperkudakan Madey. Tak kenang jasa Najib yang restui dia ke Kedah walaupun dengan cara cantasan.

    Sebelum nak atur gerakan jatuhkan orang lain..fikir dulu.. Allah Maha Kuasa.. skrg yang jatuh orang lain..dan rasailah sendiri bila suka menzalimi orang lain.. 22 tahun jadi DIKTATOR.. siapa pun tak boleh selisih pendapat dengannya..sama ada di tendang...dipecat.. dikaitkan dengan skandal.. atau di ISA kan.. itulah instrument hukuman MAHATHIRSM..

    melayu memang mudah lupa.. tapi aku bukan Melayu yang mudah lupa.. sorry to say bye2 mahathirsm..

    kalau nak buat hall sila tubuh parti sendiri..

    jangan sentuh UMNO..keluarlah dari UMNO takpayah masuk lagi wahai Mahathir dan Mukhriz!

    Wslm

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat lagu cam mana. Penyembah najib dah terlebih makan dedak nak nak pulak mahkluk bergelar 'aku benci pada pengkhianat'

      lepaih ni jangan lupa mintak habuan na

      Padam
  4. Selama 22 tahun TDM menjadi PM. Negara telah mengalami kemunduran yang melampau...miskin, daif, rakyat tidak berpelajaran.Jalan tanah merah... Nasib baik DSN ambil alih... Baru beberapa tahun jadi PM Malaysia telah terkenal ke seantero dunia...semakin maju...semua makhluk di dunia dah kenal orang Malaysia...fikir-fikirkan.Amazing...

    BalasPadam
  5. haha... tanpa backup kuat dari invisible hand putrajaya, tiada Ketua bahagian pun yang berani bersuara. Apa2 pun semoga Kedah Aman sentiasa. Memang boleh agak la mukriz kene pecat. Ntah2 lepas ni kalau lantang lagi kene pecat dari UMNO plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu ja la modal puak2 cai dedak lendir madey.. utk bg moral support.. rasa lost sgt dh kot
      dh mmng itu formula madey masa nak beli ketua2 bahagian..
      so sampai la mereka akan ingt mcm tu..

      zaman la ni beli sapa mudah ja nk trace.. tk payah nk sembunyi2.

      zaman madet kot laa duit bawk dgn guni pun org xboleh habas sbb xleh nk selfie..

      hng ckp saja sapa nk percaya..

      so selamattt maamk buat kerja jahat...


      Padam
  6. Mahadey sendiri ajaqkan sapa tak nak dengaq cakap ..kita cantas je...dulu kata Najib lembik lah pengecutlah....so sekarang Najib dah bangun dari mimpinya ..so tanggunglah ya demi bangsa dan agama Najib perlu tegas agar Umno tetap berkuasa di malaysia klau tak habis di baham oleh Dap yang dah beli PKR ,Pan dan mungkin PAS lagi sekali sebab lebai dalam PAd ni mangkuk ayun semuanya..kejap kata ini kejap lagi kang kata gitu...macm sewel je ...tak nak berkawan dengan DAp tapi berkawan dengan PKr sedang kan PKR tu tali barut Dap ...so macam mana tu....pening 2

    BalasPadam
  7. Memang la najib lembik. kata orang bugis berjiwa besar...kalau berjiwa besar awat x benarkan TSMY berucap....melingkup la UMNO berserta balaci balaci pemakan dedak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat apa bg munafik bercakap
      dia bercakap nak hentam ketua dia.. ada ketua akan bg ka mcm tu?

      zaman madey bg ka Nuar ckp di pentas umno lepas kena pecat?

      bukan takat xboleh cakap.. mlm tu UTK mai ambush mcm penjenayah berbahaya..tangkap kurung dlm lokap.. jahat madey.. dia lupa sgguh.. cai2 bongok dia lg buat2 lupa...

      duit punya pasai.... menipu menipu..menipuu!!

      Padam
    2. apa kejadah nak menipu dol....kalau pentadbiran cekap dan amanah apa perlu ka nak tukar pemimpin?...alasan cuma mukriz x duduk di kedah....apa bebal sangat?..satu lagi bodoh sangat hang ni tak baca sejarah ...anwar dipecat dalam UMNO dan secara automatik TPM..apa perluka dia nak berucap dalam perhimpunan agong UMNO? menulis biar berakal sikit jangan dok kona sana sini. TSMY dipecat ka dalam UMNO padahal dia masih timbalan presiden yang dipilih...bukan macam najib yang hang dok sembah tu....tu la..hidup ni biar jelas sikit jangan hari hari nak menipu...tak gitu ? mungkin hang ni bukan orang umno..entah entah mahkluk dari kalangan 'REFORMASI'.....cari peluang nampak

      Padam
  8. Muka najib mmg nmpk lemah mata layu tp jgn silap darah dia mngalir drh raja bugis gowa pahlawan nasional sultan hasanuddin..org mata loyo ni jgn disangka lemah tu yg madey silap rupa rupanya jiwa najib keras tk sepadan dgn mata..dia mahir dgn falsafah bugis malah mnjadiknnya pegangan dlm karier politik..cthnya flsafh siri mksudnya maruah atau mrtabat yg dilecehkn akn dibalas wlu trpksa kehilngn nyawa..cth lain flsafah raja bugis iaitu berani dan bijksana..korng fhm la kekadang najib ni nmpk pngecut tp sebenrnya dia bijaksana meletihkn musuhnya hujung hujung dpt penyakit darah tinggi..flsafah bugis ni unik tu yg smpai boleh jd pm jadi raja..korng yg kurng arif hanya tahu berani berani berani kalo berani sgt aku cabar korang lompat dari tingkat 30..tak pun pegi palestin tunggu bom dari kapal israel jatuh..berani kena berakal bijak bukan berani bodoh..flsafah bugis tak ada dalam buku sejarah tp itu lah yg digunakn oleh leluhur bugis sehingga ada yg mnjadi pm dan raja raja melayu..kes pnceroboh diraja sulu kat lahad datu tu salah satu bukti keberanian hhnajib..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top