Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataan medianya hari ini telah mengumumkan meletak kesemua jawatannya termasuk sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Aman pagi tadi.
Disebalik perletakan jawatan itu, beliau telah memberikan amaran kepada pucuk kepimpinan UMNO yang dia kini bebas bersuara dan tidak akan mendiamkan beliau daripada mengkritik isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1MDB.
"Tetapi sekarang saya rasa merdeka dan bebas dan tidak akan berdiam diri," katanya.
Ditanya oleh pihak wartawan sama ada beliau akan bersara daripada politik, Mukhriz berkata ia adalah darah dagingnya, jika rakyat masih mahukannya, dia akan terus berkhidmat.
Beliau juga memberitahu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman bahawa beliau menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan timbalan menteri.
- SUMBER
KETIDAKPUASAN MUKHRIZ TERSERLAH
Nampaknya "pemberontakan" Mukhriz akan lebih berani selepas ini. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan "amat keras" khususnya apabila melibatkan Perdana Menteri Najib Razak.
Walaupun Mukhriz telah mengumumkan perletakan jawatannya dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma Darul Aman, Mukhriz dalam kenyataannya menyatakan dirinya terpaksa melepaskan jawatan tersebut dan cuba menyalahkan takdir yang telah ditentukan Allah.
Mengapa Mukhriz menyalah takdir yang telah ditakdirkan Allah ini?? Mukhriz seharusnya belajar menerima takdir yang telah ditetapkan Allah untuk dirinya yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sehingga hari ini.
Menurut kenyataan akhbar terakhir Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, perletakan jawatan beliau dibuat disebabkan ada pihak yang cuba membunuh karier politiknya kerana lantang bersuara bersama bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
"Perkara ini (letak jawatan) terpaksa dilakukan akibat daripada gerakan untuk menjatuhkan saya dari jawatan tertinggi Kerajaan Negeri, sekaligus cubaan menutup mulut saya dari terus menjadi suara rakyat dalam pelbagai isu nasional" kata Mukhriz.
Dakwaan Mukhriz mengatakan penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah untuk menutup mulutnya dan cuba membunuh karier politiknya amat disangkal sama sekali... Walaupun Mukhriz disingkirkan sebagai Menteri Besar, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih menawarkan jawatan kepada Mukhriz sebagai menteri dalam barisan kabinet.
Jika benar dakwaan bahawa penyingkiran Mukhriz sebagai langkah membunuh dan menutup mulut, sudah pasti Najib tidak menawarkan jawatan yang lebih tinggi kepada Mukhriz... Dengan lantikan sebagai menteri dalam kabinet, Mukhriz masih mampu menjadi suara rakyat.. Jadi dakwaan untuk menutup mulutnya sebagai suara rakyat adalah mengarut sama sekali.
Menyentuh mengenai skandal yang melibatkan Perdana Menteri itu rasanya sudah pun selesai, dan tidak perlu dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak termasuklah dari pihak Mahathir sendiri. - SUMBER
La admin dah menang game pun nak hentam lagi ka? bila nak habis lagu ni.buka mata apa aku nak tipu....buka mata apa aku nak tipu..lama lama..terus x boleh buka mata ..lagu mana?
BalasPadamHihihi....admin kan blogger prepaid..dedak banyak lagi atas tanah. tunggu nk pi patuk saja..
Padamhahaha...mungkin tuan..dah terlampau banyak 'makan'
PadamApa ni blogger Belia Bangkit, memang betullah apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Mukhriz tu, Najib memang perosak negara dan menjahanamkan negara ini.
BalasPadamSungguh malu negara ini apabila kes RM 2.6 bilion dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib itu dibuang oleh Apandi Ali Peguam Negara, sedangkan kes itu ada prima facie untuk dibicarakan di mahkamah.
Dalam kes tersebut, prima facie kes adalah memang benar wang RM 2.6 bilion dan RM 42 juta itu ada dalam akaun peribadi Najib, dan tugas Apandi sepatutnya untuk tengok prima facie kes sahaja, bukannya nak buat keputusan mengenai kes itu, kerana keputusan mengenai kes adalah kuasa dan tanggungjawab hakim, Apandi bukan lagi hakim, dia kini adalah Peguam Negara sahaja.
Dalam kes itu, sepatutnya di bawa ke muka pengadilan, kerana dah ada prima facie iaitu keberadaan wang itu di dalam akaun peribadi Datuk Sei Najib, bab yang kononnya wang itu adalah derma, wang itu dah dikembalikan sebahagiannya kepada Arab, Najib tak tahu bahawa wang RM 42 juta itu wang dari SRC, itu bukan kerja Apandi untuk masuk campur, itu kerja hakim untuk buat keputusan selepas Najib mengemukakan bukti yang kukuh terhadap isu tersebut.
Saya menyokong tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang membawa kes penyalahgunaan kuasa oleh Apandi itu ke mahkamah, kerana memang jelas Apandi telah ultra vires dalam isu ini, atau dalam bahasa mudahnya Apandi telah melampaui kuasa dan bidang tugasnya dalam menangani isu ini.
Malahan kegagalan Apandi untuk membawa kes melibatkan Najib itu di mahkamah adalah membolehkan dia dipecat dari jawatan Peguam Negara, kerana perbuatannya itu boleh ditafsikran sebagai 'kurang cekap dan kurang berusaha' berdasarkan Peraturan Tatatertib Penjawat Awam Tahun 1993, suatu kesalahan yang serius dalam perkhidmatan awam dan pelaku kesalahan itu boleh dihukum dipecat dari jawatannya kerana merugikan negara dan memburukkan maruah negara.
Saya berharap dan berdoa agar pihak hakim yang mengadili permohonan Datuk Zaid Ibrahim akan bersikap jujur dan amanah dalam tugas, jangan merendahkan maruah lebih teruk dari pelacur dengan mengkhianati amanah tugas yang diamanahkan, kerana kalau pelacur menjual diri, maka dah memang dia pelacur, maka dia buat macam itulah, tapi hakim perlu bertindak adil dan amanah, jika bersikap khianat terhadap amanah serta tidak jujur dalam tindakan, maka tarafnya lebih rendah dari pelacur itu tadi, kerana pelacur melakukan apa yang dilakukan oleh pelacur, tetapi hakim pula yang tidak amanah tidak menjalankan amanah dengan sewajarnya.
Perkara ini perlu diberikan perhatian serius demi kepentingan negara.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
en abu bakar, panjang lebar nampak. hehe. macam tahu je kes ada prima facie. ok en abu bakar, walau bagaimana sekalipun kes ada prima facie ataupun tidak, bidang kuasa peguam negara tidak boleh dicabar di mana2 mahkamah. itu yang termaktub dalam perlembagaan. soal peguam negara berlaku amanah atau khianat, itu antara beliau dengan Allah. tak payah la terpengaruh dengan penulisan orang lain, kata2 orang lain yang sealiran dengan en. abu bakar tetapi lebih baik jika membuat sedikit homework untuk melihat bidang kuasa peguam negara. letih menulis panjang2 tetapi tersalah fakta. hhmmmm.....
Padamdah la mukhriz jd MB pun bukan bagus sgt pun takda pulak kedah jd negeri paling kaya dlm msia yg pasti senang ialah dia dan keluarga dia... rakyat tetap mcm tu jugak..
BalasPadamKalau tak bagus, takkan Datuk Seri Mukhriz dapat tarik pelaburan sebanyak RM 11 bilion termasuk yang terbaru sebanyak RM 4.7 bilion dari syarikat semikonduktor Jerman iaitu OSRAM ke Kedah?
PadamSebenarnya puak Bashah Boboi dan Najib serta kuncu-kuncu dah lama perhati begitu banyak pelaburan masuk ke Kedah, itulah yang mereka cemburu dan nak kaut keuntungan peribadi dari pelaburan tersebut.
Kita tengoklah apa jadi dengan pelaburan yang baru masuk ke Kedah sebelum ini tu selepas ini, kalau pelabur tarik diri itu semua salah Bashah Boboi dan Najib jenis pelingkup ni.
Pelabur nak melabur pun, dia tengok juga pemimpin tempat tu, kalau jenis penyamun, orang pun takut nak melabur, sebab nanti banyak sangat duit 'bawah meja' yang perlu diberi.
Najib bagus di mana pula? Buat syarikat modal RM 1 juta, buat hutang RM 42 bilion, lepas tu dengan wang hutang pun lesap, tak pasal-pasal harta negara dilelong sebab nak bayar hutang yang dibuat oleh syarikat yang ditubuhkan Najib itu, itu bagus tahap mangkuk hayun apa?
Sila jawablah.
Berani kerana benar.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Najib dapat derma dari Arab RM 2.6 bilion, tapi pasal apa cekik rakyat dengan GST, tak pasal-pasal kini dengan budak kecik, pemintak sedekah pun kena bayar cukai sebab GST adalah sejenis cukai.
PadamItu bagus sangat ke?
Wang milik syarikat milik kerajaan boleh masuk dalam akaun Najib, lepas tu Najib kata tak perasan wang RM 42 juta milik SRC International yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan masuk dalam akaun peribadinya, tapi tak pula Najib pulangkan wang itu kepada SRC International semula, itu baik sangat ke?
Sudahlah, bersikap jujurlah.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
en abu bakar, kalau marah istighfarlah.jangan kerana nafsu amarah, habis semua yang tak baik dihamburkan. fokuskan kepada apa yang nak dimarah. tak perlulah sampai menghamburkan fitnah pulak. isunya ialah penyingkiran mukhriz sebab kelantangannya menyerang presiden umno dan pm. kebetulannya, beliau adalah anak tun mahathir yang menjadi pengkritik nombor 1 pm. tidak perlu timbulkan isu pm dan lain2 ketua bahagian kedah cemburu dengan kemasukan pelaburan ke kedah. siapapun jadi mb, begitulah yang perlu dan wajib dilakukan. lagi pula, kemasukan pelaburan bukan kerja mukhriz seorang tetapi pasukannya dalam kerajaan negeri kedah. itu fakta en. abu bakar. mana mungkin seorang mb 'lone ranger' melakukan semua kerja memimpin negeri. beliau ada exco, ada adun2 hatta adun pembangkang juga di bawah kepimpinan beliau. beginilah en. abu bakar, kalau mahu orang lain bersikap jujur, en. abu bakar juga perlu memulakannya. untuk mengkritik, kritiklah sesuatu mengikut fakta. kerajaan memang ada kepincangan, sementelah kerajaan najib kini terlalu terbuka dan agak liberal. ini yang meresahkan kebanyakan rakyat sebenarnya. isu 2.6 bilion dan 1mdb, biarlah yang pakar menguruskannya. para bijak pandai di pihak najib dan oposisinya tahu menjalankan kerja. kita, hanya sebagai pembaca, pelayar internet dan wira papan kekunci tak payah la tunjuk hero. bidang kita mendapatkan maklumat dan menganalisis. tak perlulah kita jadi polis, peguam dan hakim untuk menentukan salah betulnya.
PadamKEDAH DAH DAPAT MB BARU DAH LAH(KINI PUASLAH HATI PADA YANG BERKUASA DI DUNIA INI PADA HARI INI) ......JANGAN LAK KITA NAK MENGHINA/MEFITNAH KEPADA MANTAN NYA PULAK......BUAT TAMBAH DOSA JE........
BalasPadamSEKIRANYA MASIH LAGI TIDAK PUAS HATI TUNGGU LAH DI DUNIA SATU LAGI SETELAH SEMUANYA MATIIIIIIIII.
ye, betul tu. tapi kena ingat pulak. bab menghina memfitnah ni kerja dua2 pihak. cubalah skrol ke atas. jadi jangan ingat orang lain je akan terhumban ke neraka, kita juga tidak terkecuali jika terlibat sama. kerja iblis ialah menggalakkan perbalahan, perpecahan, debat sana debat sini sehingga melupakan persaudaraan ummah. jadi, di mana kedudukan kita? kita rasa kitalah di pihak betul, adakah pihak yang satu lagi akan mengaku mereka di pihak salah? bukankah mereka juga akan kata merekalah di pihak yang benar? lalu, kita akan kata mereka telah makan dedak. akhir kalam, semua kita akan mati, jadi ingat-ingatlah ye.
PadamAlhamdulillah!!!
BalasPadamMemang patut dibuang kroni2 mamak kerala....termasuklah anak botak yang tak bawak sebarang kemajuan untuk Kedah! Hanya menjadi speaker untuk menyebarkan dan mengulangi pandangan dan kata2 fitnah bapak dia....iaitu MAHARAJA KELING KERALA TERSOHOR DI DUNIA...si maddey.
Woi Bakar Batu, Bakar Haramjaddah..
BalasPadamMukhriz kau tuu BODDOH Bagnggang, Lembu pon lebih bijak drp Mukhriz laah Bakar Boddoh
Apa punya mahkluk la 'dia' ni? x ada fakta langsung
Padam