Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari meletakkan jawatannya berkuat kuasa akhir bulan lalu selepas empat bulan memikul tanggungjawab itu dan tugas berkenaan kini dipangku oleh pemilik syarikat penerbangan itu sendiri, Ravi Alagendrran.
Jaafar berkata, beliau berpuas hati dan gembira kerana dapat membantu menubuhkan syarikat penerbangan tersebut dan kini mempunyai prospek kerjaya baharu yang ingin diberikan tumpuan.
Katanya, misi beliau bersama Rayani Air adalah untuk membantu memperkenalkan konsep penerbangan patuh syariah dan supaya segala sistem penerbangan syarikat itu dapat dikendalikan dengan baik dan selamat.
“Saya gunakan segala pengalaman ketika bertugas selama 26 tahun di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan misi itu telah saya sempurnakan.
“Rayani Air juga telah berjaya memulakan operasi dan semakin mengembangkan sayapnya.” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Jaafar memberitahu, beliau tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang bertugas di Rayani Air dan berharap syarikat itu terus berkembang maju bagi memenuhi permintaan dan citarasa para penumpang.
- Utusan Malaysia
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....