Nuffnang

ULTRAS MALAYA : Tukar Kepimpinan FAM, Bukan Gelaran!!!


PETALING JAYA: Ultras Malaya membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar nama gelaran pasukan bola sepak kebangsaan kepada ‘Harimau Malaysia’.

Jurucakapnya yang dikenali sebagai Mohamad, berkata tindakan FAM menukar nama pasukan langsung tidak memberi kesan kepada perkembangan bola sepak negara, sebaliknya perlu menukar kepemimpinan FAM itu sendiri.

Katanya, pelantikan kepemimpinan FAM wajar dinilai melalui lantikan suara majoriti daripada penyokong, bukannya dibuat melalui undian ahli persatuan sahaja.


“Ultras Malaya tidak pernah menyokong penukaran nama ini, malah kami tidak pernah terfikir untuk menukar nama kepada Ultras Malaysia.

“Sebaliknya ‘penjenamaan semula’ itu dibuat ialah cara lantikan pemimpin FAM. Letakkan peratusan bagi suara penyokong untuk memilih pemimpin. Ini kerana bola sepak milik rakyat, penyokong juga ada hak memilih, bukan hanya melalui undian ahli gabungan dan EXCO sahaja,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Katanya, alasan penukaran nama itu dibuat bagi memberi gambaran bahawa pasukan negara mewakili seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak adalah tidak masuk akal.

“Rakyat Malaysia di Borneo maklum perkara ini berfikiran terbuka dengan nama Harimau Malaya. Bahkan sewaktu Malaysia menggunakan nama Harimau Malaya, tidak kurang pemain hebat dari Sabah dan Sarawak bermain untuk Harimau Malaya dan semangat mereka tidak pernah luntur,” katanya. 

Share this article

1 Komen:

  1. tukar nama kucing malaysia lebih baik.. tukar la nama apa pun yg penting main kena ada standard bro.. kalau pasing bola pun tak reti mcm mana?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top