ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengesahkan beliau tidak akan menghadiri pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok.
Menurut Mukhriz, beliau sebaliknya akan ke pejabat untuk menjalankan tugasnya seperti biasa dan tidak akan menyertai pertemuan yang akan diadakan di Wisma Darulaman, Alor Setar itu.
“Pertemuan tu bukan dengan saya, tetapi dengan ADUN-ADUN dan Jemaah (Pemangku Sultan). Mungkin ada beberapa soalan yang Jemaah hendak tanya ADUN-ADUN ini untuk memastikan adakah benar mereka mempunyai pendirian seperti yang dilaporkan pada sidang media 20 haribulan lepas.
“Saya ingat tidak kot, kalau pun saya hadir untuk berjumpa secara perseorangan saya tidak akan berada di dalam pejabat di mana temubual itu dijalankan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebaik tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Alor Setar pada Ahad.
Ketika ditanya sama ada satu pengumuman berhubung pertukaran menteri besar dibuat selepas pertemuan itu, beliau berkata beliau sudah dimaklumkan tetapi tidak dapat member sebarang kenyataan.
“Tak tahu lah, macam-macam dakwaan setakat ini saya pun tak tahu mana satu hendak percaya.
“Itu kena tanya pihak istana, saya tak boleh bercakap bagi pihak istana... saya telah dimaklumkan tetapi saya tak boleh bercakap bagi pihak istana,” katanya.
Mukhriz yang tiba kira-kira jam 7.50 malam disambut penyokongnya yang menantikan ketibaannya sejak petang.
Terdahulu, satu pertemuan antara ADUN BN dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan diadakan di Alor Setar pada Isnin, dipercayai berkaitan kemelut politik membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar.
Beberapa ADUN mengesahkan telah dimaklum mengenai pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Wisma Darul Aman, 2 petang esok. -Astro Awanj
Ada yang taksub KETERLALUAN pada Mukhriz.... sampai doa tok sami SIAM pun depa canang cerita..kunun nak habaq sakannya 'sokongan' pada Mukrizn... mcm mulia mcm wali dah laaa Mukeliss ni. tp syg org Jerlun tak pernah kenai life style sebenar keluarga Mukelis. Kebaratan, kekayaan luar biasa.. dia kerja apa sebelum ni rumah macam Istana hinggap Sultan.
BalasPadamMukhriz ni org KL..bukan org Kedah pun.. tapi demi nak memanjat cepat naik takhta UMNO. gagah pi la belakon jadi org Kedah.. sampai senget mulut ckp loghat Kedah...MACAM TAKDAK DAH PEMIMPIN LAIN DI KEDAH NI LAYAK JD MB..??? Org kaya KL biasa mewah ala raja mcm Mukelis ni lama mana mau duk berdamping dengan org Jerlun selut bendang? Sekali skali tnjuk muka bolehlaaa.. tp dah 3 tahun takpun buat rumah duk di Kedah kalu betui berani jd MB sbenar rakyat Kedah.
Dato Ahmad Bashah jadi ADUN lebih dari 4 penggal, dari ADUN ALor Merah sampailah jadi Bakar BAta.. tapi hidup sederhana org biasa dengan rumah kos sederhana berjiran dengan Melayu2 biasa lain.. takdak kaya mewah lord mcm Mukelis..
kat situ pun boleh lihat betapa licik lakunan anak MAdey ni...sembunyikan kekayaan dan life Barat di KL.. sekali sekala turun Kedah 'tukar kulit' pakai jubah..bli lembu sekoq habuan perdaya org Kampung... alahaai murahnya politik MElayu di mata Mukelisss anak laki MAdey ni.
Esok semuga semuanya selesai. Mukelis boleh duduk KL puas2 tak payah berlakun lagi.
Janganlah membawa berita yang tak tentu betulnya... Kalau tak betul, fitnah namanya..azab saudara nanti..
PadamKalau nak tahu cerita sebenar, cuba2 lah bertanya majoriti rakyat Kedah, atau ke pondok2 agama di pedalaman. bertanyalah tok2 guru di sana. Jawapannya nanti pasti mengecewakan saudara...
mukhriz anak madey.. bapak borek anak rintik.. dia ni kalau jd PM msia lg teruk dr madey kot.. sengaja tuhan panjangkan umur madey utk melihat kejatuhan anak2nya yg menjadi terlalu kaya di msia ni..
PadamYes..sokong100% depa tak tengok atau tak pernah tengok wajah bini mukriz...gaya dia fuuh...bini jutawan lah katakan...mana nak duduk terperuk kat Kedah nu ...nanti jatuh standard..itulah manusia kalau tidak amanah dan berlakon semata nak kuasa n pangkat akhirnya Allah bayar cash...
BalasPadamSama cam hangpa semua gak...taksub ngan Najib...sampai tengah duk kalut ngan keadaan ekonomi tak menentu pun hangpa dok sibuk berpolitit tukar pemimpin....darul aman yang tidak aman angkara orang luar...darul bauksit
BalasPadam