Nuffnang

DILARANG BERCERAMAH : MAZA Cabar Pemfitnah Kemukakan Bukti!!!


Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menuduh pihak berkuasa agama Islam Johor terlibat memfitnah beliau apabila menyenaraikannya sebagai individu yang “mengelirukan” dan melarangnya daripada berceramah di negeri itu.

Beliau menuduh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) termakan fitnah Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang juga Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas dirinya.

Antara bentuk pengeliruan yang didakwa dilakukan Mohd. Asri ialah memfitnah institusi mufti dan memperlekehkan ulama bermazhab Syafie.

“Maklumat daripada individu ini diambil oleh sesetengah pihak untuk memfitnah orang lain. Wajarkah pihak KDN menggunakan individu yang seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Mohd. Asri yang sering menimbulkan kontroversi dalam isu akidah Islam memuat naik satu video ceramah agama Zamihan di laman Facebooknya yang mendakwa Mohd. Asri pernah menyatakan menziarahi kubur pada Hari Raya Aidilfitri merupakan satu perbuatan bidaah.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu disusuli rakaman khutbah Mohd. Asri yang menyebut amalan menziarahi kubur semasa Hari Raya Aidilfitri tidak digalakkan oleh Islam kerana merosakkan suasana kegembiraan walaupun tidak menyatakan secara langsung ia satu amalan itu satu bidaah.

Mufti Perlis sebelum ini pernah menuduh Zamihan sebagai seorang pelampau agama kerana mudah mengkafirkan, menyesat dan mencerca individu lain.

Sementara itu, menjawab soalan dikemukan sebuah media propembangkang, Mohd. Asri mendakwa tindakan yang dilakukan oleh MAIJ ke atasnya sebagai memalukan.

“Ia adalah satu fitnah. Saya mencabar pihak pemfitnah itu membuktikannya. Saya rasa, mereka patut disaman fitnah,” katanya. – Kedahnews.com

Sementara itu, Kerajaan Johor mengesahkan telah mengeluarkan arahan larangan berceramah atau mengajar agama Islam ke atas 16 penceramah bebas di negeri ini.

Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata, keputusan itu diambil kerana mendakwa penceramah terbabit tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tegasnya, beberapa nama penceramah lain juga telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan sama.

“Saya sahkan kita ada keluarkan arahan ini akhir tahun lalu. Terdapat sebilangan penceramah yang datang dari luar negeri ini untuk berceramah atau mengajar agama Islam di masjid atau surau, juga di tempat awam lain, di mana telah menimbulkan kekeliruan dan membibitkan perpecahan masyarakat, khususnya umat Islam,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berpandangan, ramai lagi ustaz dan penceramah anak jati negeri ini, malah bukan sahaja 16 penceramah ini dilarang, akan menyusul beberapa nama lagi yang telah dikenal pasti.

“Kita tidak haramkan mereka untuk datang, sebaliknya hanya melarang berceramah atau mengajar,” katanya.

Menurut Abdul Mutalip, penceramah yang dilarang ini, ada antara mereka popular di laman sosial, selain bertindak memburukkan individu lain.

“Mereka ini tidak sesuai di Johor, yang cuba melaga-lagakan, memfitnah, memperlekehkan ulama, dan ada unsur penghinaan,” katanya.

Dokumen kerajaan itu antara lain menyenaraikan nama Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan penceramah bebas, Fathul Bari serta 14 individu lain. 

Share this article

1 Komen:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل





    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top