Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!! 100 Peguam Desak Presiden Mohon Maaf, Letak Jawatan Atau Digulingkan!!! #Liwat2.0



Peguam bimbang apabila Presiden Majlis Peguam membuat kenyataan mengenai mahkamah dan badan kehakiman negara di atas nama Majlis Peguam.

Sekumpulan ahli Majlis Peguam Malaysia menuntut presidennya, Christopher Leong menarik balik kenyataan yang mempertikaikan sistem penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap mewakili 100 ahli pertubuhan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata kenyataan Christopher tidak mewakili pandangan majoriti pengamal peguam.

“Kita bimbang apabila Presiden Majlis Peguam membuat kenyataan mengenai mahkamah dan badan kehakiman negara di atas nama Majlis Peguam.

“Beliau boleh mengeluarkan kenyataan itu tetapi tidak boleh menyatakan pandangan berkenaan mewakili kami semua,” katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Pada 11 Februari, Christopher berkata Anwar telah ‘dianiaya, bukannya didakwa’ dan pemimpin pembangkang itu sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana liwat tanpa kerelaan.

Justeru, Abd Aziz menggesa Christopher meminta maaf kepada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, yang telah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam, Datuk Mohd Noor Amin berkata mereka memberikan Christopher tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan beliau.

“Jika tidak, kita akan mengambil langkah yang perlu untuk menggesa beliau meletak jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia serta-merta dan memanggil Peguam Negara untuk mengenakan tindakan terhadapnya,” katanya, lapor, mstar.

Ditanya sama ada ideologi mereka mewakili 15,000 ahli Majlis Peguam, memandangkan hanya kira-kira 100 ahli menyokong panggilan yang dibuat oleh mereka, Abd Aziz berkata angka itu akan berkembang setiap masa.

“Lagi pun kita bukannya parti politik yang memberi perhatian untuk merekrut ahli.

“Hakikat terdapat 100 anggota yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dalam tempoh hanya dua hari jelas menunjukkan kenyataan Christopher tidak mewakili keseluruhan Majlis Peguam,” katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top