Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DISIHIR? Kenyataan Azwan Ali Dan Respon Jaafar Onn!! Semakin PANASSS!!!



Tu Dia!!!!! Azwan Ali Datang lagi.....Hahahaha.....

Baru-baru ini, Azwan Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya di sihir oleh salah seorang rakan artis..

Kami di Melastik Bintang Media cuba menyiasat siapakah artis yang didakwa oleh Azwan ali itu.. ter nyata sangat mengejut kan..

Terdiam seketika kami bila mendapat tahu gambar ini dari Azwan ali. Lihat dibawah.. anda pasti mengenali siapakah artis ini.


Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Jaafar, 64, berkata, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis.

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.


Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing.

Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.

Kepada sebuah portal hiburan personaliti berkenaan bagaimanapun menafikan dia memuatnaik status dan gambar Jaafar Onn sebaliknya mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu Jaafar berkata dia mengetahui mengenai status hinaan itu selepas dimaklumkan seseorang selain dihubungi ramai wartawan mengenai isu itu.

Kata Jaafar, dia sudah lama tidak berurusan dengan personaliti berkenaan dan terkejut bagaimana boleh timbul isu kononnya dia menyihir individu tersebut.

Kata Jaafar, tiada sebab dia hendak menyihir artis berkenaan kerana mereka tidak bersaing dan masing-masing tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

"Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu," katanya.

Tambah Jaafar lagi, dia berserah kepada Allah agar memberi petunjuk kepada personaliti tersebut supaya insaf dengan perbuatannya.

Sumber : mStar
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top