Nuffnang

Mahkamah Tidak Adil? Sebab Itu Si Bangsat Ni Tak Bersalah!!!



Penulis blog kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee bebas daripada tuduhan menimbulkan permusuhan antara penganut pelbagai agama melalui perbuatan mereka menaik muat gambar menghina umat Islam ketika Ramadan melalui facebook.

Ini berikutan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan dengan alasan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.


Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan tuduhan terhadap Alvin dan bekas teman wanitanya itu.


Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, yang mempengerusikan panel itu, membenarkan bantahan awal peguam bela dua defenden itu, Chong Joo Tian, yang berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan.


Beliau memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana perkara itu bermula di Mahkamah Sesyen, maka ia patut berakhir di Mahkamah Rayuan.


Alvin dan Vivian memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya menggugurkan tuduhan itu (menyebabkan timbul permusuhan agama) mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana mereka mendakwa seksyen itu tidak terpakai kepada bukan Islam dan oleh itu, tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka.


Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Dang Wangi pada 11 dan 12 Julai 2013.


Pasangan itu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, tetapi berjaya dalam rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan pada 21 April agar tuduhan itu diketepikan.


Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.


Ketika membenarkan rayuan pasangan itu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 298A (1) (a) tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Alvin dan Vivian kerana ia tidak terpakai bagi bukan Islam.


Terdahulu, timbalan pendakwa raya Manoj Kurup berhujah bahawa perkara itu boleh dirayu kepada Mahkamah Persekutuan.


Katanya Mahkamah Tinggi adalah mahkamah pertama yang perlu mendengar perkara berkaitan alasan perlembagaan dalam Seksyen 298A (1) (a).


Alvin, nama penuhnya Tan Jye Yee, 27, dan Vivian, atau Lee May Ling, 26, bagaimanapun berdepan dengan dua lagi tuduhan di Mahkamah Sesyen.


Mereka menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ dalam laman facebook.


Satu lagi tuduhan ialah menyiarkan gambar pornografi dalam laman facebook mereka.


Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur antara 11 dan 12 Julai 2013 dan 6 dan 7 Julai 2013.


Dua tuduhan itu dijadual dibawa untuk pengurusan kes di Mahkamah Sesyen pada 6 Mac.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top