Nuffnang

GULING PRESIDEN : Raja Petra Dedah Taktik Jahat Bang Non!!!



Umumnya kita mengetahui gerakan oleh PASMa untuk menggulingkan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang. Namun pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin, pengendali blog Malaysia Today lebih mengejutkan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan merancang untuk memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi menerajui parti itu selepas muktamar Jun ini.

Pengendali laman tersebut, Raja Petra mendakwa, tindakan itu dilakukan kerana Abdul Hadi tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan mahkamah terhadapnya.

Menurut beliau, Anwar memerlukan sokongan Pas untuk menggerakkan Reformasi 2.0 atau demonstrasi jalanan seperti yang pernah dimulakannya pada 1998.

“Tanpa Pas, Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak berupaya menggerakkan penunjuk perasaan seperti yang dilakukannya pada 1998 yang mana sebahagian besar daripada peserta demonstrasi merupakan penyokong Pas,” katanya dalam entri bertajuk Will Anwar’s Strategy Work? di laman blog beliau (http://www.malaysia-today.net).

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan terakhirnya berhubung kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Raja Petra turut mengaitkan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dengan usaha membantu Anwar menjalankan gerakan menyingkirkan Abdul Hadi.


Beliau berkata, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 yang dijadualkan berlangsung Jun ini bakal menjadi penentu sama ada Abdul Hadi kekal sebagai Presiden parti itu atau sebaliknya.

“Sekiranya mereka berjaya menyingkirkan Abdul Hadi, gerakan Reformasi 2.0 mungkin dapat dilaksanakan.

“Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap beliau mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi,” jelasnya.

Selain sokongan Pas, Raja Petra menambah, gerakan Reformasi 2.0 juga bergantung kepada sokongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dari segi pembiayaan kewangan.

“Namun, ada khabar angin mengatakan Mohamed Azmin belum mengesahkan kesediaannya untuk membiayai gerakan Reformasi 2.0.

“Oleh kerana itu, Anwar masih belum memberi restu terhadap cadangan melantik Mohamed Azmin sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” ujarnya.

Menurut beliau, jawatan Ketua Pembangkang akan diberikan kepada pemimpin pembangkang yang lain sekiranya Mohamed Azmin enggan menyalurkan peruntukan kewangan untuk gerakan tersebut. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top