Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : PANASSS!!! Barack Obama Diberitakan Terlibat Jenayah Rogol!!!!



Sebuah stesen televisyen berpangkalan di Amerika Syarikat telah menggemparkan seluruh Amerika apabila menyiarkan berita Presiden mereka Barack Obama terlibat dengan jenayah rogol. 

Perkara itu terjadi semasa penyampai berita, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita mengenai kes jenayah rogol dan dalam masa yang sama visual gambar Obama tersiar sebagai suspek jenayah tersebut yang didapati tidak bersalah.

Saluran FOX TV telah mengeluarkan permohonan maaf akibat kesilapan mereka menyiarkan gambar pemimpin Amerika Syarikat itu sebagai suspek kes jenayah rogol baru-baru ini.

Kejadian itu mengundang perasaan marah daripada penyokong Obama yang menganggap stesen televisyen itu sengaja melakukan perkara tersebut. 

“Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perbuatan ini sungguh memalukan,” ujar seorang penyokong Obama.

Walaubagaimanapun, Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.

“Saya yakin perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja dan kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur politik,” jelasnya.

Video berikut merupakan rakaman semasa stesen televisyen menyiarkan gambar Barack Obama sebagai pesalah rogol.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top