Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#Liwat2.0 : Kejutan Dari Pemuda PAS!!!



Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan hasrat Pemuda UMNO untuk mengadakan siri jelajah isu Liwat II namun dalam masa sama melahirkan kerisauan sekiranya ia menimbulkan persoalan daripada jawapan terhadap isu berbangkit.


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari menerusi Facebooknya berkata, siri jelajah itu sangat dialu-alukan namun pihaknya yakin akan timbul lebih banyak persoalan daripada isu berbangkit kerana akan ada fakta yang tidak munasabah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun bahawa pergerakan itu sedang mempertimbangkan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan isu Liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam siri jelajah itu akan timbul terlalu banyak fakta yang tidak munasabah dan ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institut kehakiman negara.

“Hakikatnya, terlalu banyak persoalan yang ingin dibangkitkan oleh rakyat. Jika Pemuda UMNO memula siri jelajah kelak, saya mencabar agar dibenarkan komunikasi dua hala dalam kerangka debat,” ujarnya.

Katanya, Pemuda PAS mempunyai ramai individu berwibawa untuk berdepan dengan Pemuda UMNO secara terbuka di atas pentas berhubung isu ini.

“Saya pohon, jika dipersetujui, benarkan debat dalam kerangka pandangan Islam terhadap jenayah liwat. Adakah hukuman terhadap Anwar Ibrahim menepati kehendak syarak atau merupakan satu penghakiman yang tidak selari dengan Islam?

“Inilah yang perlu diperjelaskan oleh Pemuda UMNO kepada masyarakat. Saya yakin jika perdebatan ini dapat dilaksanakan, ia akan membawa kepada satu natijah baru iaitu penerimaan lebih positif masyarakat terhadap undang-undang Islam,” katanya.

Ahmad Fadhli berkata, jika benar Pemuda UMNO ingin menjelajah, jangan bertumbuk seorang diri, panggil lawan yang sesuai untuk sama-sama berpencak di atas pentas.

“Peninju yang hanya berani meninju beg pasir tentu sahaja akan menang.

“Seperkara lagi, jika Pemuda UMNO ingin menjelajah dalam isu liwat, bolehlah juga dipertimbangkan jelajah bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan kerana membunuh model sambilan Altantuya Shaariibuu yang kelihatan mempunyai fakta baru di dalam kes ini,” katanya.

Menurutnya, rakyat sedang menanti perkembangan terbaru berhubung dakwaan Sirul yang mengatakan dirinya diarah untuk melakukan pembunuhan itu.

- therakyatpos


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top