Nuffnang

"DIPERGUNA" ISIS Malaysia : Nora Danish Buat Laporan POLIS!!!



"Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Cuma yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi," 

Aktres jelita, Nora Danish tidak mahu mengulas lanjut susulan gambarnya kelihatan pada video YouTube memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia mahu mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara.

Kumpulan itu yang menggunakan ID - Isis Malaysia 69 membuat ancaman melalui video berdurasi 1:01 minit yang dimuat naik melalui YouTube, semalam dengan mahu menyerang mahkamah pada 11.30 malam Rabu ini.

"Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.

Video Berkaitan - ISIS Malaysia Pegang foto Nora Danish : KLIK SINI

Bukit Aman juga akan menyiasat rakaman video mengandungi ugutan daripada kumpulan yang mendakwa akan melakukan serangan terhadap mahkamah pada 11.30 malam Rabu ini. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, pihaknya diberi tanggungjawab menyiasat kandungan video berdurasi 1.01 minit berkenaan yang mula tersebar hari ini.

"Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat kes ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," katanya. 

Video yang dimuat naik menggunakan ID - Isis Malaysia 69 di laman YouTube, semalam memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun. 

"Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi. 

"Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda," ugut kumpulan yang terdiri empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka. 

Salah seorang daripada ahli kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia terbabit turut dilihat memegang gambar pelakon Nora Danish ketika rakaman.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top