Nuffnang

BINATANG BERTOPENGKAN MANUSIA!!! Nenek 75 Tahun Dirogol Kerana RM20



Ya Allah, kejadian ini bukannya berlaku di negara afrika mahupun di negara dunia ketiga, tetapi berlaku di negara kita. Apa sudah hilang kewarasan dan pertimbangan sehingga nenek berusia 75 tahun sanggup diperlakukan sedemikian?

Kota Kinabalu – Berang enggan membayar hutang baju berjumlah RM20, seorang lelaki warga asing bertindak kejam apabila merogol seorang nenek dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderakasih, Luyang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa yang juga ibu tunggal enam anak dikatakan didatangi suspek berusia 30 tahun untuk menagih bayaran baju dibeli warga emas terbabit bernilai RM30.

Mangsa yang tidak mengesyaki sebarang perkara buruk mempelawa suspek masuk ke dalam rumah dipercayai untuk membincangkan mengenai bayaran hutang yang masih berbaki itu.

Menurut sumber, ketika perbincangan, mangsa mendakwa tidak mempunyai wang dan dikatakan hanya mampu membayar RM10.

“Pada masa sama, mangsa dikatakan meminta sedikit masa lagi untuk melunaskan baki hutang pakaian terbabit.

“Namun, suspek tiba-tiba berang lalu memaksa mangsa membayar semua hutangnya,” katanya, lapor Harian Metro.

* gambar diatas sekadar hiasan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top