Nuffnang

DITARIK DARJAH KEBESARAN : Anwar Jawab Dengan Muka 10 Sen



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menjunjung kasih terhadap penganugerahan 'Datuk Seri' Selangor kepadanya sebelum ini walaupun ia kemudian dibatalkan istana. 

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Sulit sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa darjah kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) ditarik balik berkuatkuasa 3 November.

“Darjah kebesaran SSSA ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya,” katanya.

Berikut adalah kenyataan media dari Anwar Ibrahim..




KENYATAAN MEDIA

Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Dato’ Haji Mohamad Munir Bani, setiausaha sulit kepada DYMM Sultan Selangor, bahawa Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.

Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya.

Saya akan tetap menjalankan tugas-tugas saya, terutama dalam menjunjung perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta akan sentiasa mendokong perjuangan untuk meningkatkan martabat Rakyat.

Pada masa yang sama, saya akan terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

4 Disember 2014

HUH... Memang Dasar Muka Tak Tahu Malu La KETUM Sorang Ni....
Share this article

2 Komen:

  1. muka xmalu masih nak jadi penasihat ekonomi negeri selangor. Kalau bayaran seringgit, kelantan pun mampu bayar, jadilah penasihat ekonomi negeri kelantan kan bagus, dapat bela dan majukan ekonomi kelantan

    BalasPadam
  2. alasan jer bayaran seringgit jadi penasihat ekonomi negeri selangor, tapi claim berjuta2, nak perabis duit rakyat selangor

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top