Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SEBAR FITNAH DI MEDIA SOSIAL - 14 Kertas Siasatan Dibuka!!!



14 kertas siasatan berkaitan kesalahan penyebaran fitnah di laman sosial dan siber telah dibuka pada tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata daripada jumlah itu lima kes masih dalam siasatan polis dan dua kes didakwa di mahkamah.


“Bagi kes yang dituduh di mahkamah, satu kes masih dalam perbicaraan dengan diberi jamin RM4,000 dan satu kes dijatuhkan hukuman denda RM10,500 pada 20 November 2014,” katanya ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di sidang Dewan Negara.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Adam Abdul Hamid mengenai keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (EssZone), Wan Junaidi berkata kerajaan memberi jaminan bahawa kawasan itu selamat.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti membekalkan peralatan canggih kepada anggota-anggota keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menjawab soalan asal Datuk Chin Su Phin, Wan Junaidi berkata 10,969 rakyat Sabah berkhidmat dengan pasukan polis sehingga Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, 826 orang adalah pegawai kanan polis, 9,064 pegawai rendah dan 1,079 lagi kakitangan awam, katanya.

“PDRM sentiasa mengalu-galukan penyertaan kaum lain untuk menyertai pasukan itu oleh kerana tugas untuk mempertahankan keselamatan negara merupakan tanggungjawab kolektif seluruh rakyat,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top