Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TERLEBIH SUDAH : SKODENG ISTERI JIRAN, PEMUDA MAUT DIBELASAH!!!



Gara-gara berang melihat seorang lelaki yang sedang mengintai isterinya, seorang suami berserta rakan-rakannya bertindak memukul lelaki berkenaan sehingga membawa kepada maut.


Insiden ini berpunca apabila mangsa dipercayai sedang leka mengintai isteri suspek yang berusia 20-an menerusi tingkap jeriji (tingkap nako) di sebuah rumah Kampung Bujar, Air Jernih yang dikelilingi tanaman kelapa sawit kira-kira pukul 8.30 malam.

Geram dengan tindakan pemuda tersebut, si suami dan rakan-rakannya menangkap dan memukul mangsa sehingga pengsan.

Insiden yang berlaku Ahad lalu ini membawa kepada penahanan lima suspek termasuk sang suami oleh pihak polis Kemaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, berang dengan tindakan itu, suami wanita  berkenaan bersama empat lagi rakannya memukul mangsa sehingga pengsan dan kemudian menghantar mangsa ke Pusat Kesihatan Kemasik.

“Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, tangan dan dahi serta pendarahan di hidung dan  telinga akibat dipukul.” ujar Wan Abdul Aziz.

Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan dan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kemaman. 

Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada Hospital Kemaman  tentang mayat seorang lelaki yang diterima di hospital itu kira-kira pukul 12.01 tengah malam, Isnin.

Susulan laporan tersebut, pihak polis berjaya menjejaki dan menahan  kelima-lima suspek yang berusia antara 22 hingga 30 tahun di sekitar  Kemaman pada hari yang sama. 

Kesemua suspek termasuk suami wanita berkenaan kini sedang ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. 

Manakala, jika suspek disabitkan kesalahan, kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top