Nuffnang

KEMBALI BERTAUT? Hishamuddin Kembali Guna Khidmat DS Abd Rahim



PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bermula 8 Disember ini.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata Abd Rahim, 57, akan menggantikan Datuk Seri Ismail Ahmad yang bersara.

"Berdasarkan kelayakan, pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti, saya yakin dengan kebolehannya untuk memimpin dan meneruskan kecemerlangan Kementerian Pertahanan dalam menguruskan pertahanan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd Rahim lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada 31 tahun.

Beliau bermula sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983 dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan keselamatan dan hubungan antarabangsa, selepas pernah bertugas sebagai Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Dalam Negeri. - BERNAMA

Dengan perubahan ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia pastinya akan menerima KSU yang baru dan ini masih menjadi tanda tanya sehingga ke saat ini walaupun beberapa nama sedang hangat diperkatakan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top